Thursday, October 4, 2012

selamat malam sahabat (:


Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu . .
Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. . .

selamat malam. lailah sa'idah . good night .
semOge esOk bangun sebagai mujahid/mujahidah yang sentiasa berusaha untuk menegakkan Islam .insyaAllah . .

*taklifan sebelum tidur ::
muhasabah diri . baca doa pelindung diri . dan memaafkan semua orang :: 






Sunday, September 30, 2012

jika harus memilih +_+

alhamdulillah. .
selesai sahaja menghadiri kursus pra perkahwinan petang tadi . . ^_^ 
lepas ni xperlu sibuk2 nak amek k.k dah . .




tibe2 ade orang tanya : "bile nak kawen? "
err . soalan cepumas yang xmungkin dapat dijawab sebetul yang mungkin .hihi . .

apepown. juz amek je kursus tu awal2 . supaya nanti xperlu kalut2 .
n persediaan awal untuk menjadi seorang isteri pun akan bermula . .

takot jugak nak kawen ni . sebab tanggungjawab .
ye. kawen memang seronok . tapi tanggungjawab masa dalam perkahwinan tu yang xseronok .  :'(
semoga diri ini mampu menggalasnya . dengan bantuan bakal suami yang dicintai dan dikasihi Allah. insyaAllah . .


and buat masa ni . need to focus on study ^_^ . .
bile dah sampai target umur untuk menikah, baru boleh nak nikah (:
ke mana pun kite menjauh , kalau dah jodoh xkan ke mana .
ingatlah janji Allah . .
فصبر جميل . والله المستعان


dedicated to my future zauji :D
* persediaan yang perlu dibuat bagi menjadi seorang isteri pejuang agama nanti ialah ::
1) mantopkan diri dengan ilmu2
2) rajin buat ibadah
3) perkemaskan diri dengan ilmu rumahtangga
4) belajar cara urus emosi, konflik n stress 
5) belajar jadi budak baik
6) belajar jadi matang ^^.

upgrade to ad-deen style ^_^


indahnye bertudung mengikut syariat :)

u can wear any tudung . .
tudung biase, tudung labuh, tudung segera or even a shawl .
shawl?
oh! yaa. .
n even nak pakai tudung berbelit2 pun xpe . pusing sane. pusing sini. it's ok je ^^
but make sure b4 bertudung . pastikan :
1) tak jarang
2) tak terlalu nipis
3) tak menyanggul rambut or tocang rambut terlalu tinggi sehingga berbentuk macam boggol unta..
AND lastly..
4) labuh melepasi dada :)



*kalu tudung nipis n jarang, make sure pakai inner . :)
_ramai yang bertudung tapi xmelepasi dada an. it's ok. after diz.. berubah ye comel :) .
 _ sayang kamu fillah ♥

ya zauji mahbubati (:





sekiranya nak mencari calon suami/isteri, lihatlah pada celah2 tubuh si dia itu sekiranya nampak rasulullah (akhlak rasulullah) maka kahwinlah" jadi ksimpulannya hubungan pernikahan bkn skdar ftrah mnusia bahkan ia mahabbah rasulillah s.a.w . . (abi razali)



*semoga sahabat2 dipertemukan yang soleh yang mana akhlaknya seperti rasulullah :))



*andai belum bersedia. tolaklah dengan cara yang baik . . :))


pandangan tentang purdah on off . . -.-'




sebagai pencerahan buat diri dan sahabiah yang masih tertanye2 kenape niqabis tu on off niqab . tak kurang juge yang masih berpandangan sinis terhadap niqabis . .semoge terjawab :))

http://www.myilham.com/blog/2012/02/pandangan-saya-tentang-purdah-on-off/



Tentang tajuk ini, saya sekadar mahu mencoret ringkas pandangan kecil saya.

Saya percaya, jika ditanya pada setiap orang tentang situasi ini, pasti mereka akan memberikan pandangan yang berbeza-beza.

Contoh :

” Hari tu pakai purdah, tup-tup hari ni dah tak pakai. Siap bersolek bagai. Itulah manusia..hmm “

” Eh bukan ke dia ni pakai purdah? Dalam gambar ni tak pakai pulak. Balik Malaysia terus bukak purdah la ni. Macam tu baik tak payah pakai “

” Kalau nak pakai, kena pakai betul-betul. Jangan kejap pakai kejap tak pakai. Bila dah pakai, kena pertahankan sampai mati “

Banyak lagilah komen-komen lain dengan nada yang pelbagai.

Semuanya kerana fenomena di kalangan segelintir muslimat yang kadangkala dilihat berpurdah, dan kadangkala tidak. Juga yang dahulunya berpurdah, sekarang tidak.



FAHAMI KHILAF

Terlebih dahulu, mari kita fahami tentang khilaf. Apa itu khilaf?

Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan ulamak kerana tidak adanya dalil yang benar-benar sahih dan menunjukkan kepada hukum tersebut. Khilaf ini terjadi dalam bab Fiqh, tetapi tidak dalam bab Akidah. Natijahnya membawa kepada pengamalan yang berbeza-beza tetapi saling berlapang dada. Boleh jadi yang satu betul, boleh jadi yang satu lagi lebih tepat.

Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama. Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik. Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib. Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya. Dan juga, ada yang berpendapat ia sebagai mubah ( harus semata-mata ) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut.

Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada. Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai. Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib. Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut.

Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid. Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak.



FAKTOR PURDAH ON-OFF

Saya pernah diajukan soalan seperti ini, dan saya memberikan pandangan saya.

Muslimat yang memakai purdah tetapi on off, sebenarnya tidaklah berpunca dari satu faktor sahaja.

Inilah masalah kita apabila memandang sinis dan mudah prejudis dengan saudara sendiri dalam bab ibadah. Bila seseorang saudara kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah seperti kita, maka saudara tersebut dipandang serong bukannya didekati ataupun diusaha untuk berbaik sangka. Purdah juga begitu. Bila seseorang membuka purdahnya, maka kita cenderung melihat satu faktor sahaja ; tidak istiqamah, pakai main-main dan sebagainya.

Walhal, bukankah ada banyak lagi faktor lain seseorang itu membuka purdahnya?

Ada yang disebabkan keperluan pekerjaan. Boleh jadi situasi pekerjaan yang dipilih lebih memudahkannya jika tidak berpurdah. Apatah lagi dalam suasana di Malaysia, bukan di tanah arab.

Ada yang disebabkan keluarga. Boleh jadi keluarganya akan berkecil hati jika anak gadis mereka berpurdah meskipun bersama mereka dalam aktiviti kekeluargaan.

Ada juga disebabkan tuntutan dakwah. Boleh jadi bagi mereka, strategi dakwah tanpa purdah lebih berkesan mendekati mad’u berbanding memakai purdah.

Banyak lagi faktor-faktor yang lain seseorang itu membuka purdahnya. Bukan satu faktor sahaja.

Justeru, apakah kita hanya ingin bertegak atas suatu prejudis dan prasangka semata-mata?

Ia menghilangkan nikmat ukhwah dan mencacatkan persaudaraan.



YANG TIDAK KHILAF

Teringat waktu berdiskusi dengan isteri, saya katakan kepadanya. Saya tidak menafikan kemungkinan untuk dia tidak berpurdah suatu ketika nanti. Boleh jadi dia akan berpurdah sampai tua, dan boleh jadi tidak. Sebagai suami, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan isteri melakukan sesuatu atas dasar ilmu dan kefahaman, bukan hanya semangat mahupun ikutan. Agama mengajar tentang maqasid ( tujuan-tujuan agama ) dan seorang muslim yang bijak adalah muslim yang beramal dengan menjiwai maqasid tersebut.

Pakai purdah ada maqasidnya. Maqasid pakai purdah adalah untuk memelihara diri dari fitnah. Wajah wanita, meskipun bukan aurat, tetapi ia menarik perhatian lelaki, apatah lagi jika wajahnya cantik. Maka menjadi suatu yang afdhal untuk wajah tersebut dilindungi agar maruahnya tetap terjaga.

Tapi, kalau pakai purdah, namun wajah di’snap’ jarak dekat, dan dipublish dalam facebook, sehingga jelas bulu matanya yang lentik, itu jelas sekali songsang dengan maqasidnya, sebagaimana ditulis dalam artikel ini.

Daripada kita sibuk bercerita tentang perkara yang memang khilaf dan merupakan bab afdhaliyyat ( kelebihan beramal ), mengapa tidak kita tekankan tentang perkara yang tidak khilaf?

Seseorang yang tidak berpurdah, tetapi ketika keluar ke khalayak dia tidak menonjolkan perhiasan diri dan wajah serta sangat menjaga dari mempublish gambar di facebook atau blog, adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang berpurdah, tetapi bergemerlapan, gemar bergambar jarak dekat menampakkan bebola matanya yang jernih, sambil menjeling dengan jelingan bertopeng panahan syaitan.

Apa yang tidak khilaf adalah kewajipan menjaga diri dari fitnah.

Kewajipan menyembunyikan perhiasan diri dan jangan keluar ke khalayak ( atau alam maya ) dalam keadaan yang menarik perhatian ajnabi. Jangan membiarkan diri dipandang, dan jangan memandang-mandang. Bukankah semua ini lebih utama untuk diingatkan?

Kalau seseorang yang dulunya berpurdah, tetapi tiba-tiba tidak berpurdah, di mana kita mengetahuinya apabila melihat gambar-gambar terbarunya di facebook, maka terlebih dahulu betulkan mindset kita bahawa boleh jadi dia lebih selesa tidak berpurdah. TETAPI perbuatan mempublish gambar di facebook itu perlu ditegur, agar ia tidak menjadi pembuka pintu fitnah.

Dengan cara itu, kita boleh mengembalikan hikmah nasihat menasihati atas perkara yang pokok, bukan sekadar cabang dan ranting.



FITNAH VS BUKAN FITNAH

Wanita adalah fitnah. Itu termaktub jelas dalam hadith Nabi s.a.w yang berbunyi : ” Tidak akan tinggalkan fitnah yang lebih besar ke atas kaum lelaki berbanding wanita “.

Namun dalam menjiwai hadith tersebut dan menjalani kehidupan sebagai muslimah saban hari, kita memerlukan kebijaksanaan yang tinggi.

Saya katakan, seorang anak gadis yang berpurdah tetapi gemar berjalan seorang diri itu lebih menjadi fitnah berbanding seorang anak gadis tidak berpurdah, tetapi berjalan bersama ayah atau ibunya.

Sebab itu saya nasihatkan, jika mahu mengenakan purdah, lihat kepada tempat yang dituju dan khalayak mana yang kita masuki. Jika khalayaknya aman dari fitnah lelaki serta lebih sesuai untuk tidak berpurdah, maka tidak memakainya itu lebih baik. Sudah tentu, ini bagi muslimat yang berpegang dengan hukum sunat atau harus sahaja. Begitu juga jika keluar bersama suami, boleh sahaja untuk tidak mengenakan purdah kerana telah aman daripada fitnah.

Lihat sahajalah dalam kehidupan kita. Lelaki tidak akan tergamak menjeling anak dara orang jika bapanya ada di sebelah. Begitu juga mereka tidak akan berani menjeling isteri orang jika suaminya ada di sebelah. Dalam ertikata lain, situasi tersebut seakan pengganti kepada sekeping kain bernama purdah.

Adapun jika keluar ke khalayak yang ramai, terdedah kepada fitnah dan memerlukan kepada penjagaan diri yang lebih ketat, maka pada saya, berpurdah adalah lebih baik. Bahkan ramai sekali muslimat yang mengakui mereka lebih tenang dan selesa apabila memakai purdah.



Mudah-mudahan Allah terima amalan baik kita, dan bantu kita untuk istiqamah dengan amalan-amalan baik tersebut, insyaAllah =)

bahasa jiwa bangsa ^^ .


bahasa jiwa bangsa . .
bahasa juga melambangkan keperibadian seseorang e2 . .
ayuh. ! kite bakar kate2 yang xbaik . elak dari memaki hamun . .
hadirkan kate2 yang baik . .semoge Allah redha. Allah kaseh . dan Allah cinta kepada kite =))

lancarkan lidah dengan membaca ayat-alQuran bukan kata2 makian ^^ .

"Allah memerintahka Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba2 Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkpan dan kalimah yang baik. jika e2 tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan."
(ibn kathir, 5/87 . mekah. dar al-taybah).

*great thanx to my mom sebab cilikan mulut mase kecik2 time cakap benda xbaik =))

**pesan my beloved mom : biasekan lidah dengan zikrullah . so that, bile nak melatah, bukan kate2 cacian dan makian yang keluar , tapi . .ayat2 cinta kepada Allah yang akan keluar . insyaAllah . . 

**pesanan untuk diri sendiri juge . .

ayuh,, mujahadahh !!