بسم الله الرحمن الرحيم
kite seringkali melakukan perkara2 yang boleh menipiskan iman dan merapuhkan hati .. namun, setelah diri ini sedar akan kesilapan yang dilakukan. .seringkali diri menjadi tertanya-tanya adakah masih ada cintaNya terhadap diri ini ? T_T
saya yakin ramai di kalangan sahabat2 yang sering menyangka bahawa Dia sudah tidak memandang kalian setelah kalian melakukan kesalahan walaupun sebesar zarah sekalipun ..
Allah ..
sebenarnya, duhai sahabat yang kukasihi dan kusayangi ..
sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali kita berputus asa pada-Nya.
Allah tidak berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dari-Nya. .
oleh itu, teruslah kembali kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu.. :)
jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka,
bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga? <habib ali al-jufri>
pesanan saya untuk diri dan juga buat sahabat2 :: teruslah meminta ampun dari Allah sekiranya ada melakukan kesalahan baik kesalahan besar mahupun kecil sekiranya kesalahan yang dilakukan itu adalah antara kita dan Allah . . sentiasalah memohon kepadaNya supaya hati kita sentiasa diberi hidayah olehNya serta Dia tidak akan memalingkan hati-hati kita setelah diberi hidayah olehNya . .sentiasa jaga hubungan dengan Allah walaupun sesibuk manapun kita :')
selamat malam sahabat-sahabat . .semoga esok kite bangun dengan niat supaya dapat meniti hari2 kehidupan dengan mengamalkan sunnah baginda S.A.W , semOge Allah terus membuka hati2 kita untuk terus mencintai kekasihNya, baginda S.A.W.."aamiin ya rabbal 'alamin. \(^^)/ ..
~lembutkanlah hati ini ya Allah. .hadirkanlah dalam hati2 kami rasa cinta kepadaMu dan jua kepada kekasihMu ya Allah .
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما