Saturday, November 3, 2012

syoknya kaween ^^ .


dedicated to me n sahabat ^^ :

kate orang.. best nye nikah. tp kene ingat . take note :
pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat.
pernikahan bukannya trial and error. 
Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. 
Janganlah hanya kerana kawan2 kite dah bertunang, jadi kite rasa kite juga perlu bertunang. 
janganlah hanya kerana kawan2 kite telah bernikah, 
jadi kite rasa kite juga perlu bernikah.

my dear frens , remem diz :
Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA...

sO. fikir masak2. andai belum masanye. bersabarlah duhai hati ^^
nikah bukan permainan.. tetapi ada amanah yang perlu dipikul didalamnye . .
think smart. think wise . .^^ ..
so, jangan tanye pula bile my turn. let me focus on my study . n also ilmu addeen bia bagi mantop :). nanti nak aplikasi dalam rumahtangga insyaALLAH senang ^^

allahumma aameen ♥ !
رب يسر ولا تعسر فإن تيسير كل عسير عليك يسير ^^

Friday, November 2, 2012

kasih tercipta sampai syurga :)

semua orang mesti ada mak kan ? ^_^ . .
sape sayang mak masing2 . . sile senyum tigeeee =) . 
hehe .

bile renungkan balik . 
banyak sangat pengorbanan dan jasa mak kat kite dari baby sampai besar . .
time baby, mak sanggup jaga malam bile kite sakit . jaga kite sampai xmau bagi nyamuk sekor pun kiss kulit kite :D . .
ade x kite jaga mak bile mak sakit ? . kalau ade , ade kite terfikir yang sebenarnye macam nilah rupenye perasaan jaga kite waktu sakit time kecik2 dulu kan ? ^^ ..
mak memang penyabar . .

pernah x dalam seharian yang penuh tu cube amek alih tugas jadi sorang mak? . ape perasaan? . Allahu akbar . berat kan . terasa penat . Allah bagi kekuatan dan kudrat kat mak untuk jadi suri rumah yang terbaik untuk abah dan anak2 . .

and the best thing is , bile pagi2 nak pergi sekolah, xsempat nak sarapan , mak lah orang paling risau takut anak2 tak makan . .nanti xde energy . .sO, mak tolong suapkan sambil kite tengah kemaskan buku . HEHE . .
even dah besar nak pergi sekolah untuk pBS pun still same jugak si dija ni kan? :D kadang2 kak ain yang amek alih . . best kot kene suap . suapan kasih sayang mak dan kakak terchenta . uhibbukum fillah ya qurratul 'aini ^^ . .

bile semua adik beradik dah berbaitul muslim dan berbaitul dakwah , . mak lah tempat paling best untuk berbual ^______6 . sekali sekali share ilmu2 tazkirah yang bermanfaat . . bertukar pandangan dan pendapat . (= . syukran ummi ya habibati .

sesungguhnya syurga seorang anak e2 terletak di telapak kaki ibu . syurga seorang isteri terletak di telapak kaki suami (=

doa khas untuk mak dan semua yang sudah bergelar ibu @ umi @ mama ^^.
~  perkongsian doa dari sheikh rohimuddin an-nawawi al-bantani ~

allahumma aameen . semoga terus diberi kekuatan untuk beribadah kepadaNya . semoga sama2 kite gapai mardhatillah . sayang mak ^^

Allah tarik nikmat itu ~

2 3 hari ni Allah tarik nikmat sihat . .
Allah uji dengan demam . .
Allah uji dengan lost appetite . .
~ waktu nilah yang rase nak cari pasal dengan orang :D . hehehe

semOge demam ni adalah sebagai penghapus dosa2 ku yang lalu . .allahumma aameen.

"tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya . " (HR. Bukhari wa Muslim)

bestnye kalau sekarang ada kat rumah . T_T . 
dapat mamam bubur air tangan dari beloved mOm (: ..
<rindu .>

semoga ada hikmah di sebaliknye . . syafakillah untuk diri sendiri ~


Wednesday, October 31, 2012

beware Of syiaH . -.-'


terjumpe satu blog yang cerite pasal syiah . . semoga bermanfaat .


APA ITU SYIAH

Tidak harus mengikut ajaran Syiah samada di Selangor atau dimana sahaja. Mereka bukan Ahli Sunnah. Sila baca penjelasan di bawah tentang SYIAH;

1.- LATAR BELAKANG.

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1- Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara:

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2- Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu:

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah
perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

2.- PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR.

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

3.1- Pusat Pengajian Tinggi

Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

3.2- Orang Awam

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin
Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

3.3- Menubuhkan Persatuan

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran
ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4- PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1- Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

4.2- Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati.

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar,Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi. Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 83

4.3- Berpura-Pura Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4.4- Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan.

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini.
Jld.1.Hal. 197

4.5- Menghalalkan Nikah Mut’ah.

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6- Menambah Syahadah.

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1,
hal 441

4.7- Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang
kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8- Menolak Ijmak Ulama’.

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan,
sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

4.9- Menolak Qias.

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:

4.10- Mengubah ayat al-Quran.

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. berhati-hati bila nak beli al-quran . check first .

4.11- Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam.

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

4.12- Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330

4.13- Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan.

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal.36: Ja’fari:

harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14- Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad)

5- Terakhir

KEPUTUSAN.

"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”

sumber petikan : http://al-huda13.blogspot.com

ya Allah . peliharakanlah akidah kami . .jauhilah kami daripada kecelaruan dan penyimpangan dari akidah sunnah waljamaah . allahumma aameen  \(T_T)/

Tuesday, October 30, 2012

berkorban untuk si kecil ;')

lepas pOst pasal maksiat perut , tibe2 teringat kata2 Dr. Farhan Hadi dalam bukunya Denyut Kasih Medik . . .kisah tentang pengorbanan yang perlu dikorbankan untuk anak2 palestin , saudara kite semua (: ayatnye lebih kurang macam ni . tapi dah diedit sket2 . .yang penting maksud x lari ~

kalau kite ni jenis yang suke makan kat restoran fast fOod seperti KFC and mCdOnald ,,
cube buat macam ni :: bile kaki nak melangkah masuk ke dalam restoran tu je , kite bayangkan yang kite ad bau darah kanak2 mujahid mujahidah Palestin yang sedang berjuang dan berjihad untuk negara mereka .lepas tu mesti x jadi nak beli makanan kat situ kan ? :)

alhamdulillah. . berkesan . ^_^ ..
selain doa, hanya e2 yang mampu ku sumbangkan untuk permata hati mujahid mujahidah palestinian . .
ye. bOikOt barangan dari syarikat2 yang turut serta dalam menyumbangkan wang dalam menyerang umat islam Palestin . .


* kalau restoran fast food yang lain , xpasti pulak . . huhu . .

mashed potatO . feveret one . deliciOus ryte (=

*beralih minat ke RFC pulak :D . ayuh ! kite sokong produk barangan Muslim ^^ .insyaAllah ade keberkatan . .

ya Allah. berikanlah kemenangan kepada saudara kami di Palestin . berikanlah kekuatan kepada mereka dalam berjihad . .aamiin ya rabb.

maksiat perut -.-'

maksiat perut pun ade ea? biasanye yang selalu dengar maksiat hati je kan ? (:
yes! perut boleh jadi maksiat zahir, kalau kite sendiri x jaga perut daripada terima makanan or minuman yang haram atau syubhat (diragui hukum halal & haramnya) .

sO, apabila makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut e2 haram sama ada haram pada zatnya atau didapati dengan cara yang haram atau proses membuatnya sehingga makanan n minuman e2 menjadi haram, maka terbukalah pintu maksiat dan tertutup pintu ibadat . .

makanan & minuman yang haram atau syubhat bile masuk dalam perut, dia akan menyebabkan darah yang mengalir dalam tubuh badan kita merupakan darah yang haram yang akhirnye akan menggerakkan kita ke arah maksiat yang dilarang oleh Allah s.w.t dan halang kita daripada buat ibadah . .

perkara maksiat sangat berbahaya dan sudah tentu ianya merupakan barah yang paling bahaya sebab ia akan lindung hati dan akal daripada cahaya Allah yang memancarkan cahaya iman dan taqwa . sO, hati akan menjadi gelap dan akal pula jadi lembab . <na'uzubillahiminzalik> .



Islam menyuruh kite berhenti makan sebelum kenyang . nak tau x kenape?. jOm perhatikan pesanan Imam Al-Ghazali  ::

kenapa xboleh makan sampai kenyang (berhenti makan sebelum kenyang ) ?

  1. menjadikan hati keras
  2. akal menjadi tumpul
  3. badan berasa berat buat ibadat dan cari ilmu
  4. menguatkan nafsu syahwat
  5. membantu tentera syaitan .
in a nutshell , kenyang dengan benda halal pun boleh jadi punca kejahatan . apatah lagi kalau kenyang dengan benda haram dan dapat dengan cara yang haram . . sama2 amek iktibar ^^ .

~kupasan dan edit dari buku "tasawuf :membangun insan cemerlang karya Abdul rahman Rukaini" . 
alhamdulillah, banyak yang dapat diperoleh dari buku ni .. thanx my dear sis (=  


mencari kekuatan .

first paper . . soalan yang little bit mencabar. .
hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu . .
hanya mampu tersenyum sebab sebenarnye e2lah usaha yang dikerahkan untuk subjek arab . .
tawakal tanpa usaha yang cukup . .
mungkin tak digunakan waktu, masa, ruang dan peluang dengan baik . .
Allah . semOge urusan ku dipermudahkan . .

dah x sanggup nak kecewakan mereka buat kali ke 3 .
kali ke 3? . err .

*terhenti . teruskan perjuangan . .semoge diri ini terus kuat . (:
senyum dalam tangis ..



Monday, October 29, 2012

kapsul minda buat jiwa yang lalai ~ ^^.

manusia xkan terlepas dari kelalaian . hanya mukmin yang bijak sahaja dapat mengatasinya dengan baik . .
dalam entri kapsul minda buat jiwa yang lalai ini , akan dikumpulkan tazkirah2 khusus untuk mengingatkan diri ini di kala leka dengan kelalaian . . Allah . syukran sangat .
entri ni akan sentiasa di "update " dari minggu ke minggu insyaAllah . . ^_^



1 ::  di antara tanda orang e2 banyak dosa ialah x pernah terlintas dalam dirinye untuk mendirikan qiyamullail dan berpuasa di siang hari <murabbi sheikh zainul asri> ^^.

2 :: istiqamah e2 lebih baik daripada 1000 karamah . <murabbi sheikh zainul asri>
     mulakan dengan sentiasa mengerjakan solat sunat rawatib dan membaca al-ma'thurat ^^.

3 :: kadang2 cinta membuatkan kita buta sehingga kita xmengenali Cinta yang sebenar .
dan kadang2 cinta itu sendiri membuatkan kite sedar betapa jauhnya kite daripada Cinta sebenar kite . .
tapi, sebenrnya cinta yang tulus dan ikhlas boleh membawa kepada makrifat Cinta sebenar kita . .
sebelum peroleh cinta kite pastikan peroleh Cinta Dia . .insyaAllah , kemanisan turut dirasai . bersama menggapai redha Allah ^^.

4 :: ajarkan anakmu 3 perkara :
(1) cintakan Nabi
(2) cintakan ahlu bait
(3) membaca al-Quran 
inshaAllah. akan mendapat kemanisan iman ^^. 

<murabbi sheikh zainul asri>

5 :: jika Allah menginginkan kebaikan seseorang e2, 
Allah akan memberikannya kefahaman pada agamanya. ^^.

6 :: Rasulullah s.a.w bersabda :
selepas iman tidak ada lagi yang memberi kebahagiaan faedah kegunaan kecuali wanita yang solehah ^^.
<sheikh rohimuddin>

7 ::  Rasulullah s.a.w bersabda untuk wanita maksudnya : 
pilihlah yang baik2 untuk benih2mu (calon isteri) , kerana wanita e2 akan melahirkan anak2 yang akan serupa saudara2nya  ^^
< sheikh rohimuddin >

8 ::  sabda Baginda s.a.w maksudnya :
sebaik2 perempuan (isteri) ialah apabila engkau menatap kepadanya menggembirakan hatimu dan 
apabila engkau suruh, dia mengikut perintahmu, apabila engkau bersumpah atasnya dia berbuat baik 
terhadapmu dan apabila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan hartanya ^^ .
<riwayat an-nasa'ie>

9 :: sebaik2 sahabt adalah seorang yang mencintaimu kerana Allah, mengingtkanmu kepada Allah, menanmkan hatimu rasa takut kepada Allah, membuatmu suka bertemu Allah . .
itulah sebaik baik bekalan utk hari kiamat (tempat kembali ) ^^ <sheikh Rohimuddin>

10 :: untuk kamu mendapat cinta Allah, tak dapat tidak kamu mesti mencintai Rasulullah krn Rasulullah e2 adalah pintu kepada cinta Allah ..
sesiapa yang x mencintai Rasulullah pasti tak akan mendapat cinta Allah ^^

11 :: maka tidakkah mereka menghayati alQuran @ hati mereka sudah terkunci ? (48:24)
maka barangsiapa menghendaki , tentu dia mengambil pelajaran darinya. dan mereka tidak mengambil pelajaran darinya (alQuran kecuali jika ALLAH menghendaki (75 :55-56) ^^

12 :: dan sabda Nabi " bermula perempuan yang solehah (baik) itu terlebih baik ia (perempuan solehah) daripada lelaki yang soleh " 
perempuan solehah sukar nak cari seperti gagak putih ^^

13 :: "berangkatlah kamu dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.itu adalah lebih baik sekiranya kamu mengetahuinya (at-taubah :41) ^^

14 :: nasihat imam al-Ghazali dlm kitabnya Ihya' Ulumuddin  : "jika engkau ingin brsahabat dengan seseorang maka carilah lima hal dalam dirinya : berakal cerdas, berbudi pekerti , soleh/ah, tak tamak terhadap harta dan tak berdusta" ^^

15 :: Rasulullah s.a.w bersabda : sesungguhnya yang paling tercinta kamu kepadaku dan yang paling terdekat tempat duduk kamu daripadaku pada hari kiamat , ialah yang terbagus akhlak daripada kamu ^^

16 ::  Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan . dan ia  (syaitan) mengeluh : Aduh, celaka aku ! agamanya telah terpelihara dari godaanku " ^^

17 :: binasakan "aku" dalam hatimu . binakan Dia dalam sirrmu . .
bajakan Dia sehingga berbuah manis dalam dirimu . .
racunkan "aku" hingga tiada benihnya dalam dirimu ..
*bykkan berdoa dan sujud kepadaNya . hinakan diri di hadapanNya. bebankan nafsu dengan banyak berzikir kepadNYa ^^

18 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : nikahilah wanita penyayang dan subur. kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku di hadapan umat lain (kelak di hari kiamat)
 <HR abu daud, an_nasa'i dan al-hakim > ^^

19 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : jika datang melamar kepada kalian orang yang disetujui (dinilai baik) agama dan akhlaknya , maka kahwinkanlah segera : kalau tidak dilaksanakan (xmenilai dari dua hal ini) akan terjadi fitnah dan kerosakan besar di muka bumi ini . 
<HR imam at-tirmizi> ^^

20 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : yang membawa sebahagian dari kebrkahan wanita adalah yang mudah dilamar dan murah maharnya <HR Imam Ahmad>
dalam riwayat lain, : "sebahagian dari keberkahan wanita adalah yang cepat bersuami , cepat melahirkan anak dan murah maharnya " . ^^

21 :: Nabi bersabda yang bermaksud : " berbezalah kalian dengan orang2 musyrik ; panjangkan janggut dan guntinglah kumis (misai) "  <HR imam Bukhari> ^^

22 :: sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : bermula segala anak perempuan itu kebajikan dan segala anak lelaki itu nikmat. . maka kebajikan itu diberi pahala atasnya dan segala nikmat itu ditanyakan daripadanya" ^^ <kitab al-jauhar al-mauhub wa minbihati al-qulub>

23 :: orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil, 
sampai bile2 pun dia xkan menjadi seorang yang berani < khalifah ali bin abi talib > _fairuz_


Sunday, October 28, 2012

cemburu tanda iman ? let's check it Out ^^ .



cemburu tanda iman ? let's check it Out ^^ .

sikap cemburu jika berasas adalah tanda iman . .

tapi . .
kalau cemburu yang tak berasas e2 tandanya penyakit hati . .

sabda Nabi Muhammad s.a.w :

Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir.) . .

maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami . . 


Rasulullah bersabda:

“Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tak kisah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah)




Sabda Nabi juga: 

Tiga manusia akan diharamkan Allah dari Syurga;
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Umar) 

sumber rujukan :
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/05/suami-dan-facebook-isteri.html