Monday, October 29, 2012

kapsul minda buat jiwa yang lalai ~ ^^.

manusia xkan terlepas dari kelalaian . hanya mukmin yang bijak sahaja dapat mengatasinya dengan baik . .
dalam entri kapsul minda buat jiwa yang lalai ini , akan dikumpulkan tazkirah2 khusus untuk mengingatkan diri ini di kala leka dengan kelalaian . . Allah . syukran sangat .
entri ni akan sentiasa di "update " dari minggu ke minggu insyaAllah . . ^_^



1 ::  di antara tanda orang e2 banyak dosa ialah x pernah terlintas dalam dirinye untuk mendirikan qiyamullail dan berpuasa di siang hari <murabbi sheikh zainul asri> ^^.

2 :: istiqamah e2 lebih baik daripada 1000 karamah . <murabbi sheikh zainul asri>
     mulakan dengan sentiasa mengerjakan solat sunat rawatib dan membaca al-ma'thurat ^^.

3 :: kadang2 cinta membuatkan kita buta sehingga kita xmengenali Cinta yang sebenar .
dan kadang2 cinta itu sendiri membuatkan kite sedar betapa jauhnya kite daripada Cinta sebenar kite . .
tapi, sebenrnya cinta yang tulus dan ikhlas boleh membawa kepada makrifat Cinta sebenar kita . .
sebelum peroleh cinta kite pastikan peroleh Cinta Dia . .insyaAllah , kemanisan turut dirasai . bersama menggapai redha Allah ^^.

4 :: ajarkan anakmu 3 perkara :
(1) cintakan Nabi
(2) cintakan ahlu bait
(3) membaca al-Quran 
inshaAllah. akan mendapat kemanisan iman ^^. 

<murabbi sheikh zainul asri>

5 :: jika Allah menginginkan kebaikan seseorang e2, 
Allah akan memberikannya kefahaman pada agamanya. ^^.

6 :: Rasulullah s.a.w bersabda :
selepas iman tidak ada lagi yang memberi kebahagiaan faedah kegunaan kecuali wanita yang solehah ^^.
<sheikh rohimuddin>

7 ::  Rasulullah s.a.w bersabda untuk wanita maksudnya : 
pilihlah yang baik2 untuk benih2mu (calon isteri) , kerana wanita e2 akan melahirkan anak2 yang akan serupa saudara2nya  ^^
< sheikh rohimuddin >

8 ::  sabda Baginda s.a.w maksudnya :
sebaik2 perempuan (isteri) ialah apabila engkau menatap kepadanya menggembirakan hatimu dan 
apabila engkau suruh, dia mengikut perintahmu, apabila engkau bersumpah atasnya dia berbuat baik 
terhadapmu dan apabila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan hartanya ^^ .
<riwayat an-nasa'ie>

9 :: sebaik2 sahabt adalah seorang yang mencintaimu kerana Allah, mengingtkanmu kepada Allah, menanmkan hatimu rasa takut kepada Allah, membuatmu suka bertemu Allah . .
itulah sebaik baik bekalan utk hari kiamat (tempat kembali ) ^^ <sheikh Rohimuddin>

10 :: untuk kamu mendapat cinta Allah, tak dapat tidak kamu mesti mencintai Rasulullah krn Rasulullah e2 adalah pintu kepada cinta Allah ..
sesiapa yang x mencintai Rasulullah pasti tak akan mendapat cinta Allah ^^

11 :: maka tidakkah mereka menghayati alQuran @ hati mereka sudah terkunci ? (48:24)
maka barangsiapa menghendaki , tentu dia mengambil pelajaran darinya. dan mereka tidak mengambil pelajaran darinya (alQuran kecuali jika ALLAH menghendaki (75 :55-56) ^^

12 :: dan sabda Nabi " bermula perempuan yang solehah (baik) itu terlebih baik ia (perempuan solehah) daripada lelaki yang soleh " 
perempuan solehah sukar nak cari seperti gagak putih ^^

13 :: "berangkatlah kamu dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.itu adalah lebih baik sekiranya kamu mengetahuinya (at-taubah :41) ^^

14 :: nasihat imam al-Ghazali dlm kitabnya Ihya' Ulumuddin  : "jika engkau ingin brsahabat dengan seseorang maka carilah lima hal dalam dirinya : berakal cerdas, berbudi pekerti , soleh/ah, tak tamak terhadap harta dan tak berdusta" ^^

15 :: Rasulullah s.a.w bersabda : sesungguhnya yang paling tercinta kamu kepadaku dan yang paling terdekat tempat duduk kamu daripadaku pada hari kiamat , ialah yang terbagus akhlak daripada kamu ^^

16 ::  Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan . dan ia  (syaitan) mengeluh : Aduh, celaka aku ! agamanya telah terpelihara dari godaanku " ^^

17 :: binasakan "aku" dalam hatimu . binakan Dia dalam sirrmu . .
bajakan Dia sehingga berbuah manis dalam dirimu . .
racunkan "aku" hingga tiada benihnya dalam dirimu ..
*bykkan berdoa dan sujud kepadaNya . hinakan diri di hadapanNya. bebankan nafsu dengan banyak berzikir kepadNYa ^^

18 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : nikahilah wanita penyayang dan subur. kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku di hadapan umat lain (kelak di hari kiamat)
 <HR abu daud, an_nasa'i dan al-hakim > ^^

19 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : jika datang melamar kepada kalian orang yang disetujui (dinilai baik) agama dan akhlaknya , maka kahwinkanlah segera : kalau tidak dilaksanakan (xmenilai dari dua hal ini) akan terjadi fitnah dan kerosakan besar di muka bumi ini . 
<HR imam at-tirmizi> ^^

20 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : yang membawa sebahagian dari kebrkahan wanita adalah yang mudah dilamar dan murah maharnya <HR Imam Ahmad>
dalam riwayat lain, : "sebahagian dari keberkahan wanita adalah yang cepat bersuami , cepat melahirkan anak dan murah maharnya " . ^^

21 :: Nabi bersabda yang bermaksud : " berbezalah kalian dengan orang2 musyrik ; panjangkan janggut dan guntinglah kumis (misai) "  <HR imam Bukhari> ^^

22 :: sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : bermula segala anak perempuan itu kebajikan dan segala anak lelaki itu nikmat. . maka kebajikan itu diberi pahala atasnya dan segala nikmat itu ditanyakan daripadanya" ^^ <kitab al-jauhar al-mauhub wa minbihati al-qulub>

23 :: orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil, 
sampai bile2 pun dia xkan menjadi seorang yang berani < khalifah ali bin abi talib > _fairuz_


No comments:

Post a Comment