Tuesday, July 8, 2014

baju untuk dijual :)

بسم الله الرحمن الرحيم..

kali ni nak publish baju untuk dilelong :)
dari dibiarkan tak pakai ..
lebih baik dilelong . huhu

antara baju yang akan dilelong seperti di bawah ini ..
siapa2 yang berminat boleh komen di bawah dengan meletakkan fon number . .

01 jubah 
warna biru
saiz : m

02 kot korean style 
warna hitam
saiz L

03 jubah
warna : brown
saiz S




Monday, June 30, 2014

supermOm :: tips penyusuan susu ibu di bulan ramadhan ^^

بسم الله الرحمن الرحيم ..

alhamdulillah.. kali ni entri tentang tips penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan ..
tiada yang menjadi halangan buat ibu2 yang menyusukan bayi sekaligus berpuasa di bulan Ramadhan ..
inshaAllah dipermudahkan ;) 


credit to sis Fatihah.. (taken from Fb)

1. Penting mengambil makanan yg cukup & seimbang samada pada waktu sahur dan berbuka.

2. Banyakkan minum soya & susu

3. Bersahur pada lewat waktu

4. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur

5. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan)

6. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.

7. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba

8.Sepanjang malam ketika boleh makan - susukan bayi sebanyak mungkin keran ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari

9. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan lagi produksi susu anda

10. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dlm hati untuk kekalkan penghasilan susu

11. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)

12. Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda

13. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan

14. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah taala

15. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa

16. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa

selamat berpuasa buat ibu-ibu semua ;) . be a great mom for your young khalifah ;))

:: ALLAHUMMA SOLLI ^ALA SAYYIDINA MUHAMMAD ::

marry me marry ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah..
semakin ramai sahabat2 yang telah dan bakal mendirikan baitulmuslim ;)
mabruk untuk sahabat..
barakallahulakuma ^_^ ..



apepun,, ingatlah ..
perkahwinan itu enaknya bukan selalu dalam kemanisan .
sedap manis yang keterlaluan boleh memudaratkan..
mesti diimbangkan dengan enak daripada sebuah kepahitan...

KERANA..

keupayaan merasa enak dengan sebuah kepahitan adalah petanda kita semakin MATANG ;)

berkahwinlah kerana ALLAH ..mengikuti SUNNAH BAGINDA ..

namun, tuntutan agama iaitu suruhan menuntut ILMU FARDU AIN jangan diabaikan dalam rumahtangga ..
ajaklah isteri,, anak2 mengikuti pengajian fardu ain ..
itulah kewajipan sebagai seorang suami ..

semoga Allah permudahkan kita semua ;))

ALLAHUMMA SOLLI ^ALA SAYYIDINA MUHAMMAD .

lelOng buku EDu ^_^ .





بسم الله الرحمن الرحيم ..

khas buat student IPg ..
sesiapa yang berminat nak beli buku EDU dan WAJ terpakai bolehlah komen di bawah ini dengan segera ..

harga bergantung pada kualiti buku ;) 

1. kemahiran berfikir ..

2. kemahiran belajar ..

3. literasi BM ..

4. pengantar pendidikan ..



5. perkembangan kanak-kanak..

6. hubungan etnik ..


7. pengantar kokurikulum..



8. murid dan alam belajar ..



9. murid dan alam belajar .. (ada conteng2 nota seperti gambar di bawah)..






10. kemahiran berfikir (ada conteng2 nota seperti gambar di bawah)


11. hubungan etnik.. 

^_^ ..


Wednesday, May 14, 2014

maulid .. :

Ada orang daripada golongan anti-maulid berkata: "Mereka yang bangun dalam majlis maulid mengkhayalkan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- hadir dalam majlis mereka."

Jawapan:


Ia bukan suatu khayalan wahai orang yang lalai. Mereka yang bangun dalam majlis tersebut mengambil suatu waktu untuk menghayati kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang pada hakikatnya (kehadiran Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-) adalah sepanjang masa dalam kalangan umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-. Mereka yang berdiri dalam majlis-majlis maulid dan sebagainya (khsusunya di mahal al-qiyam) berusaha untuk menzahirkan rasa penghormatan dalam menghayati kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan mereka seharian, samada secara umum mahupun secara khusus.

Banyak sudut dan bukti kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan umat Islam secara umum, maka ada dua sudut.

Pertama: Kehadiran Hati Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- Terhadap Umat Islam Sebelum Kelahiran Mereka
Sedangkan hati Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sentiasa hadir mengingati kita sebelum kelahiran kita (seluruh umat Islam), bagaimana hati Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- tidak hadir mengingati kita pula setelah kelahiran kita, dalam seluruh kehidupan kita?
Ada sebuah hadith menyebut cinta dan kerinduan khusus Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- kepada umatnya yang terkemudian (iaitulah kita yang lahir setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-):
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتى المقبرة فقال السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم لاحقون وددت أنا قد رأينا إخواننا قالوا أولسنا إخوانك يا رسول الله قال أنتم أصحابي وإخواننا الذين لم يأتوا بعد
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan bersabda: “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.

Sahabat bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?”
Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam menjawab:
“Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah)”
[Hadith riwayat Imam Muslim no: 367. Begitu juga diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah no: 4296 dan Imam An-Nasa’ie no: 150. Ia juga diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwatha’ no: 53 sebagaimana dalam Al-Muntaqi]

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak pernah cuba untuk menghadirkan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam satu saat pun daripada kehidupan mereka, sedangkan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- menghadirkan kita semua dalam kehidupan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-. Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sendiri menghayati kehadiran kita sebelum kelahiran kita, bagaimana kita tidak berusaha untuk menghayati kehadiran Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-?


Kedua: Kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam segenap kehidupan umat Islam setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.
Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
حياتي خير لكم تحدثون ويحدث لكم ووفاتي خير لكم تعرض علي أعمالكم فما كان من حسن حمدت الله عليه وما كان من سيء استغفرت الله لكم
Maksudnya:
Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.
Hadith ini diriwayatkanoleh Imam Ad-Dailami daripada Saidina Anas r.a., Imam Al-Harith r.a. daripada Saidina Anas r.a. juga dengan sanad yang mursal. Diriwayatkan juga dalam Kasyf Al-Khafa’ oleh Imam Al-‘Ajluni (19/11). Begitu juga diriwayatkan dalam Musnad Al-Harith (m/s: 969). Diriwayatkan juga dalam Al-Fath Al-Kabir (2/68) pada hadith no: 5886 dengan sanad Mursal. Begitu juga no: 5887. Imam Ibn Hajar Al-Haithami menegaskan bahawasanya perawi-perawi hadith ini adalah berdarjat sahih. Imam As-Suyuti juga meriwayatkannya dalam Al-Marasil (no: 11337 dan 11338). Selain sanad-sanad mursal yang kuat, Imam Al-Bazzar juga meriwayatkannya secara bersambung kepada Saidina Abdullah bin Umar dengan sanad yang kuat (no: 1723).

Hadith ini menunjukkan kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan para umatnya dan sentiasa memerhatikan dan mengetahui perihal umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- walaupun setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-. Dalam riwayat lain, amalan-amalan umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- akan dibentangkan pada setiap malam Isnin dan Khamis.

Ini menunjukkan betapa Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sememangnya hadir dalam kehidupan umat Islam dengan kehadiran yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- sahaja. Namun, sudah pastilah rasa penghormatan yang cuba dizahirkan oleh para umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- juga sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Di zaman serba moden ini, alangkah jumudnya minda orang yang masih menganggap jarak sesuatu tempat menjadi penghalang terhadap suatu hubungan kehadiran antara dua pihak, sedangkan banyak alat-alat telekomunikasi dan perhubungan yang menghubungkan dua orang daripada dua tempat yang sangat jauh jaraknya, yang mana mereka boleh saling menzahirkan penghormatan kepada sesama mereka dari tempat mereka, lalu sampai kepada teman mereka masing-masing. Seumpama, seorang pekerja sahaja boleh menzahirkan penghormatan kepada tuannya melalui alat perhubungan walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, samada perhubungan seperti panggilan video atau sebagainya.

Bagaimana dengan pendedahan teknologi sebegini, seseorang masih lagi tidak dapat menerima hubungan para pencinta Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang menzahirkan penghormatan mereka dalam sesuatu majlis di negara-negara yang jauh, dengan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- di Al-Madinah Al-Munawwarah sedangkan alam roh itu sendiri tidak dibatasi oleh dimensi seperti alam jasmani dan sebagainya.
Pelajaran daripada Kisah al-Utbi

Daripada Imam al-'Utbi [Abu 'Abdul Rahman Muhammad bin 'Abdullah atau 'Ubaidillah bin 'Amr bin Mu`awiyah bin 'Amr bin 'Utbah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb yang lebih dikenali sebagai Imam al-'Utbi] di mana dia telah berkata: “Adalah aku satu ketika duduk di samping kubur Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam-, maka telah datang seorang A'raabi (penduduk kampung) mengucapkan salam kepada Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- dengan katanya:
“Salam kesejahteraan bagimu, wahai Rasulullah, aku telah mendengar Allah Ta`ala berfirman:
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ جَآءُوكَ فَٱسْتَغْفَرُواْ ٱللَّهَ وَٱسْتَغْفَرَ لَهُمُ ٱلرَّسُولُ لَوَجَدُواْ ٱللَّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً
[Dan kalaulah mereka ketika menganiayai diri mereka sendiri (dengan membuat dosa dan kesalahan) datang kepadamu (wahai Nabi) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – Surah an-Nisa’: 64]

Dan aku telah mendatangimu dalam keadaan memohon keampunan dari segala dosaku dan mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.”
Lalu dia melantunkan beberapa bait syair seperti berikut:-
يا خير من دفنت بالقاع اعظمه * فطاب من طيبهن القاع والأكم
نفسي الفداء لقبر انت ساكنه * فيه العفاف وفيه الجود و الكرم
Maksudnya:
Wahai manusia terbaik bersemadi dalam bumi jasadnya
Maka harumlah lembah dan bukit dengan keharumannya
Jiwaku jadi tebusan kubur yang engkau penghuninya
Dalamnya ada (pribadi) yang suci, pemurah lagi mulia

Al-'Utbi meneruskan ceritanya:
“Kemudian, dia berpaling meninggalkan maqam Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam-, tiba-tiba dua mataku mengantuk, lalu aku bermimpi melihat Junjungan Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam tidurku dan baginda bersabda kepadaku:
“Wahai 'Utbi, segera pergi berjumpa A'rabi itu dan khabarkan berita gembira kepadanya bahawa Allah telah mengampuninya.”
[Dinukilkan dari kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi; Fasal Mengenai ziarah Qubur Nabi -shollallahu ‘alaihi wasallam- Halaman 206, Dar al-Fikr Beirut- 2002M/1422H. Kisah ini ini sangat masyhur dan dinukilkan oleh para ulama didalam kitab-kitab mereka sepertimana yang aku nyatakan diatas.]

Kisah ini diriwayatkan oleh seorang ulama' besar dalam bidang hadis yang sangat mementingkan sumber-sumber yang sahih dalam periwayatan iaitulah Imam An-Nawawi r.a.. Maka, ini adalah sebahagian daripada contoh di mana Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- hadir dalam kehidupan para pencinta secara khusus dan umat Islam secara umumnya.


Ketiga: Kehadiran Khusus Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- Terhadap Mereka yang Berselawat Ke Atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-
Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- juga hadir menerima selawat-selawat yang disampaikan oleh umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- setelah kewafatan Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
مَا مِنْ أَحَدٍ سَلَّمَ عَلَيَّ إِلا رَدَّ اللَّهُ رُوحِي حَتَّى أَرُدَّ عَلَيْهِ السَّلامُ
Maksudnya: "Tiadalah seseorang yang menyampaikan salam ke atasku melainkan Allah s.w.t. akan mengembalikan rohku sehingga aku menjawab salam ke atasnya".
Hadis ini diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahuyah (atau Rahwaih) dalam musnadnya dengan sanad hasan (perawi-perawi Imam Muslim) no: 460, Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 10591) dengan sanad hasan yang sama, Imam Abu Daud dalam Sunannya dan sebagainya daripada Saidina Abu Hurairah r.a..

Dalam riwayat lain, Saidina Ibn Abbas r.a. berkata:
لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلَّى عَلَيْهِ صَلاةً إِلا وَهَي تَبْلُغُهُ , يَقُولُ لَهُ الْمَلَكُ : فُلانٌ يُصَلَّى عَلَيْكَ كَذَا وَكَذَا صَلاةً
Maksudnya: "Tiadalah seseorang daripada Umat Muhammad -shollallahu ‘alaihi wasallam- berselawat ke atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- melainkan ia akan sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- lalu malaikat berkata kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-: "Si fulan berselawat ke atasmu dengan begini dan begini..."

Ini menunjukkan samada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- berinteraksi secara langsung dengan umat Islam yang menyampaikan salam dan selawat ke atas Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- ataupun melalui perantaraan malaikat, namun tetap sahaja bentuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang menyampaikan salam dan selawat kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-.

Maka, mereka yang berdiri dalam majlis maulid ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang mengalu-alukan kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan manusia, telah menghayati betapa penghormatan dalam alu-aluan mereka itu sampai kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- samada dengan kehadiran roh Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- ke dalam majlis-majlis tersebut ataupun sampai kepada Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam- yang berada di Al-Masjid An-Nabawi. Al-Muhim (yang penting), penghayatan mereka betapa mereka diperhatikan oleh Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- ketika menzahirkan kegembiraan dan penghormatan tersebut adalah berlandaskan nas-nas syarak yang telah disebutkan dan banyak lagi yang tidak sempat disebutkan di sini.

Bagi mereka yang tidak mendalami nas-nas syarak sebegini secara menyeluruh atau mindanya terbatas dengan kebiasaan adat yang sempit, walaupun dengan ledakan teknologi telekomunikasi semasa, lalu mengingkari amalan berdiri ketika membaca puji-pujian dan alu-aluan dalam maulid yang menjadi simbol penghormatan dan kegembiraan yang disampaikan kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam-, maka mereka perlulah menginsafi betapa mereka jauh daripada penghayatan terhadap kehadiran Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dalam kehidupan umat Baginda -shollallahu ‘alaihi wasallam-. Biarlah para pencinta mengungkapkan cinta dan rindu mereka kepada Saidina Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- dengan cara yang sememangnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali.

Wallahu a'lam


cc; Ustaz Raja Ahmad Mukhlis



bertudung itu bagus .. tapi ....

بسم الله الرحمن الرحيم


pakai tudung tu bagus ..
sebab ia menutup aurat :))

tapi mesti ingat ..
tudung zaman sekarang dah bermacam-macam fesyen ..
sehinggakan kadang-kadang ada yang membeli dan memakai tudung yang berfesyen tersebut sebab nak bagi nampak cantik ..
takut2 sekiranya jatuh pada tabarruj ..
kerana tabarruj itu hukumnya adalah haram ..
>muhasabah bersama ^^,

wanita yang solehah itu terlebih baik daripada lelaki yang soleh ibarat mencari seekor gagak putih ...

ALLAHUMMA SOLLI ^ALA SAYYIDINA MUHAMMAD .