Friday, April 22, 2011

bebas palestin

palestin ouh palestin..
sedikit keinsafan dan timbul semangat jihad di hati ini bila mendengarkan video ini.
marilah kita kembalikan semula kegemilangan zaman Sultan Muhammad al-Fateh di mana baginda
mewajibkan semua ahli tenteranya untuk melakukan perkara seperti berikut:

  • mengerjakan solat Subuh secara berjemaah
  • menunaikan solat dhuha
  • mengerjakan qiyam al-lail
ingatlah bahawa musuh-musuh Islam sangat takut dan gentar apabila melihat rumah-rumah Allah seperti masjid-masjid atau surau-surau dipenuhi dengan para jemaahnya ketika solat subuh seperti mana masjid-masjid telah dipenuhi ketika solat Jumaat.. AYUH!!.. usah kita bicara solat bersatu, andai tiada usaha santapan rohani yang dilakukan pada diri.. Bersamalah kita berusaha untuk menjumaatkan Subuh.. ^_^ ..yuk2,, 




Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Ya ALLAH.. berikanlah semangat juang jihad yang tinggi kepada kami umat Islam untuk berjuang mempertahankan hak kami.. Usahlah berputus asa wahai tentera ISlam... kenikmatan syurga menanti kamu di sana..insha ALLAH.. God will (:
TAKBIR..!!!.. 

No comments:

Post a Comment