Sunday, October 7, 2012

indahnya taman2 syurga cinta kita ^^.

alhamdulillah . .
dalam kesibukan berkursus . .
sempat juga meluangkan masa untuk bersama sheikh zainul asri dalam sesi diskusi bedah kitab ::
50 akhlak salafussoleh . .

pada mulanya. terkilan juga takot xdapat hadir . . namun, segalanya diserahkan kepada Allah .
mintak dengan Allah supaya urusanku dipermudahkan . .

alhamdulillah. Dia bagi saya peluang dan ruang serta permudahkan urusanku . .

seorang ulama' yang dikagumi ramai . seorang sheikh yang sangat dihormati dan disegani . .
allahuakbar!! lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikrullah . wajah yang menenangkan . sangat kagum dengan sheikh . .

ingin sya kupaskan satu tajuk kecil dari buku sheikh :: ikhlas beramal ::
antara akhlak salafussoleh ialah ikhlas beramal dan mereka amat bimbang jika berlaku riya' di dalamnya . . sucinya hati mereka .

kata Ibrahim at-Taimi maksudnya :
orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan segala amalan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan amalan kejahatannya. | ihya' Ulumuddin juz 7 halaman 378 |

zun Nun al - Misri berkata : 3 tanda ikhlas seseorang itu ialah :

  • merasa sama iaitu tidak gembira atau terhina di antara pujian atau celaan.
  • lupa daripada memandang segala amalan ketika beramal
  • lupa keperluan pahala amalan di akhirat.
kata Fudha'il bin I'yadh pula maksudnya :
"meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riya' . beramal kerana manusia itu adalah syirik . dan ikhlas itu pula adalah Allah s.w.t menyelamatkan engkau daripada keduanya "

untuk menghindarkan diri daripada sifat2 keji , amalkan membaca doa ini ::

اللهم طهر قلوبنا من النفاق وأعمالنا من الرياء وألسنتنا من الكذب وأعيننا من الخيانة إنك خائنة الأعين وما تخفي الصدور

maksudnya : Ya Allah ! sucikanlah hati2 kami daripada nifaq, amalan2 kami daripada riya', lidah2 kami daripada berdusta dan mata2 kami daripada khianat . sesungguhnya Engkau mengetahui mata2 yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada .


Ya Allah. hadirkanlah rasa cintaku kepadaMu dan juga kepada kekasihMu Muhammad S.A.W . .peliharalah hatiku daripada perasaan riya' . tiupkanlah ruh istiqamah dalam jiwa kecilku ini . .
pencarian dalam menuntut ilmu xkan pernah terhenti selagi denyutan nadi masih berdenyut . .doakanku kuat dalam mengharungi liku2 dan mehnah kehidupan ini ya Allah . . without You. I am nothing . .



*dapat berite atok dah xde . semoge atok mail tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan bertaqwa  . al- fatihah . 


No comments:

Post a Comment