Thursday, November 22, 2012

berwudhu' sebelum sentuh al-Quran (:

بسم الله الرحمن الرحيم 

entri kali ni saya akan menyentuh mengenai al-Quran . sebagaimana yang kita semua ketahui, al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Malaikat Jibril a.s dalam bahasa Arab bermula dari surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas serta membacanya adalah merupakan ibadat. .


al-Quran adalah kitab yang paling mulia dan menjadi petunjuk dan bimbingan bagi kehidupan manusia .Disebabkan al-Quran merupakan kitab yang paling mulia, para ulama' bersepakat bahawa haram menyentuh al-Quran bagi orang yang sedang berhadas, sama ada hadas kecil, lebih-lebih lagi hadas besar . (namun, sekiranya al-Quran tersebut beserta terjemahan, ianya dibolehkan) . 

berlainan pula keadaannya bagi kanak-kanak belum baligh.bagi kanak-kanak yang masih belum baligh tidak diharamkan baginya menyentuh al-Quran dalam keadaan tidak berwudhu'. kanak-kanak yang masih belum baligh tidak diwajibkan ke atasnya dengan kewajipan dan kefarduan sepertimana yang diwajibkan ke atas orang yang telah akil baligh. kelonggaran ini bagi menimbulkan minat dan kecintaan kanak-kanak terhadap al-Quran kalam Allah . .

cinta Allah . cinta Rasul . . ^_^

No comments:

Post a Comment