Sunday, January 13, 2013

siapakah musyabbih, mu'atthil dan muwahhid ?

بسم الله الرحمن الرحيم

siapakah golongan yang dikatakan sebagai musyabbih, mu'atthil dan muwahhid? .

"sesiapa yang bangkit untuk mengenali Tuhannya kemudian dia berasa tenang kepada kewujudan yang dapat sampai oleh akal fikirannya kepada kewujudan tersebut, maka dia adalah MUSYABBIH (menyerupakan Allah dengan makhlukNya) , dan jika dia berasa tenang dengan apa yang tidak wujud maka dia adalah MU'ATTHIL (menafikan kewujudan Allah) , dan jika dia tenang dengan yang wujud dan mengakui akan kelemahannya untuk mengetahui hakikatNya maka dia adalah MUWAHHID (mentauhidkan Allah).."
<Imam al-Syafi'i>

pengetahuan kita tentang Allah SWT hanya terbatas setakat mengetahui tentang segala apa sifat wajib, mustahil dan yang harus bagi Allah SWT . 

Ibn Abbas r.a berkata yang bermaksud :
" berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah sesekali kamu berfikir tentang Zat Allah"
<riwayat al-Imam al-Baihaqi>

tiada siapa pun yang mengetahui tentang hakikat Allah melainkan Allah SWT sahaja. . berfikirlah kita tentang makhluk Allah kerana dengan adanya makhluk itu tandanya wujud Allah SWT sebagai pencipta kita .. Allah maujud bila makan . Allah itu wujud tanpa bertempat .kerana sifat bertempat itu adalah sifat bagi makhluk. mustahil bagi Allah menyerupai makhluk .

Allah ada tanpa tempat . Allah exists without a place..


"Maha Tinggi Allah daripada mempunyai segala batasan (had atau saiz) , penghujung (iaitu pengakhiran. hal ini adalah sifat jisim yang hanya layak bagi makhluk), bentuk (iaitu penjuru, sudut, arah atau bahagian), anggota yang besar (seperti kepala, tangan dan kaki), dan anggota yang kecil (seperti lidah, gigi dan geraham) , dan tidak meliputiNya oleh arah (lokasi) yang enam seperti sekalian makhluk." 
< Imam Abu Jaafar al-Thahawi yang hidup pada abad ke3H dalam kitabnya yang berjudul Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah (akidah al-Tohawiah) >

Firman Allah SWT :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat " 
<surah al-Syura : 11)

setiap manusia yang memikirkan tentang Zat Allah lalu dia mengkhayalkan dengan khayalannya akan satu bentuk atau menyangka dengan sangkaan kemudian mempercayai apa yang dikhayalkan dan disangkakannya itu ialah Allah, maka dia bukan seorang Muslim yang mengesakan Allah . Orang Mukmin yang benar ialah mereka yang menyembah Zat yang tidak ada sekutu dan perumpamaan bagiNya .

Imam al-Rifa'i berkata :
" kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat ".

terjemahannya : Imam al-Rifa'i berkata :
'kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat'

ianya berdasarkan Firman Allah :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya (dari segi Zat, sifat-sifat dan pentadbiranNya ) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat "
<surah al-Syura : 11)

rujukan : kitab syarah akidah mursyidah, Ahmad Faidzurrahim.

اللهم انصر العقيدة المسلمين والمسلمات في كل مكان وفي كل زمان . يا الله بيمبيغله كامي اونتوق تروس براد دجالن يغ لوروس, بوكن 
جالن يغ اغكاو موركاءي دان بوكن حالن يغ سست . اللهم آمين . صل اللهم على سيدنا محمد . 

"الله موجود بلا مكان"

اللهم صل على سيدنا محمد


No comments:

Post a Comment