Tuesday, October 30, 2012

maksiat perut -.-'

maksiat perut pun ade ea? biasanye yang selalu dengar maksiat hati je kan ? (:
yes! perut boleh jadi maksiat zahir, kalau kite sendiri x jaga perut daripada terima makanan or minuman yang haram atau syubhat (diragui hukum halal & haramnya) .

sO, apabila makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut e2 haram sama ada haram pada zatnya atau didapati dengan cara yang haram atau proses membuatnya sehingga makanan n minuman e2 menjadi haram, maka terbukalah pintu maksiat dan tertutup pintu ibadat . .

makanan & minuman yang haram atau syubhat bile masuk dalam perut, dia akan menyebabkan darah yang mengalir dalam tubuh badan kita merupakan darah yang haram yang akhirnye akan menggerakkan kita ke arah maksiat yang dilarang oleh Allah s.w.t dan halang kita daripada buat ibadah . .

perkara maksiat sangat berbahaya dan sudah tentu ianya merupakan barah yang paling bahaya sebab ia akan lindung hati dan akal daripada cahaya Allah yang memancarkan cahaya iman dan taqwa . sO, hati akan menjadi gelap dan akal pula jadi lembab . <na'uzubillahiminzalik> .



Islam menyuruh kite berhenti makan sebelum kenyang . nak tau x kenape?. jOm perhatikan pesanan Imam Al-Ghazali  ::

kenapa xboleh makan sampai kenyang (berhenti makan sebelum kenyang ) ?

  1. menjadikan hati keras
  2. akal menjadi tumpul
  3. badan berasa berat buat ibadat dan cari ilmu
  4. menguatkan nafsu syahwat
  5. membantu tentera syaitan .
in a nutshell , kenyang dengan benda halal pun boleh jadi punca kejahatan . apatah lagi kalau kenyang dengan benda haram dan dapat dengan cara yang haram . . sama2 amek iktibar ^^ .

~kupasan dan edit dari buku "tasawuf :membangun insan cemerlang karya Abdul rahman Rukaini" . 
alhamdulillah, banyak yang dapat diperoleh dari buku ni .. thanx my dear sis (=  


mencari kekuatan .

first paper . . soalan yang little bit mencabar. .
hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu . .
hanya mampu tersenyum sebab sebenarnye e2lah usaha yang dikerahkan untuk subjek arab . .
tawakal tanpa usaha yang cukup . .
mungkin tak digunakan waktu, masa, ruang dan peluang dengan baik . .
Allah . semOge urusan ku dipermudahkan . .

dah x sanggup nak kecewakan mereka buat kali ke 3 .
kali ke 3? . err .

*terhenti . teruskan perjuangan . .semoge diri ini terus kuat . (:
senyum dalam tangis ..



Monday, October 29, 2012

kapsul minda buat jiwa yang lalai ~ ^^.

manusia xkan terlepas dari kelalaian . hanya mukmin yang bijak sahaja dapat mengatasinya dengan baik . .
dalam entri kapsul minda buat jiwa yang lalai ini , akan dikumpulkan tazkirah2 khusus untuk mengingatkan diri ini di kala leka dengan kelalaian . . Allah . syukran sangat .
entri ni akan sentiasa di "update " dari minggu ke minggu insyaAllah . . ^_^



1 ::  di antara tanda orang e2 banyak dosa ialah x pernah terlintas dalam dirinye untuk mendirikan qiyamullail dan berpuasa di siang hari <murabbi sheikh zainul asri> ^^.

2 :: istiqamah e2 lebih baik daripada 1000 karamah . <murabbi sheikh zainul asri>
     mulakan dengan sentiasa mengerjakan solat sunat rawatib dan membaca al-ma'thurat ^^.

3 :: kadang2 cinta membuatkan kita buta sehingga kita xmengenali Cinta yang sebenar .
dan kadang2 cinta itu sendiri membuatkan kite sedar betapa jauhnya kite daripada Cinta sebenar kite . .
tapi, sebenrnya cinta yang tulus dan ikhlas boleh membawa kepada makrifat Cinta sebenar kita . .
sebelum peroleh cinta kite pastikan peroleh Cinta Dia . .insyaAllah , kemanisan turut dirasai . bersama menggapai redha Allah ^^.

4 :: ajarkan anakmu 3 perkara :
(1) cintakan Nabi
(2) cintakan ahlu bait
(3) membaca al-Quran 
inshaAllah. akan mendapat kemanisan iman ^^. 

<murabbi sheikh zainul asri>

5 :: jika Allah menginginkan kebaikan seseorang e2, 
Allah akan memberikannya kefahaman pada agamanya. ^^.

6 :: Rasulullah s.a.w bersabda :
selepas iman tidak ada lagi yang memberi kebahagiaan faedah kegunaan kecuali wanita yang solehah ^^.
<sheikh rohimuddin>

7 ::  Rasulullah s.a.w bersabda untuk wanita maksudnya : 
pilihlah yang baik2 untuk benih2mu (calon isteri) , kerana wanita e2 akan melahirkan anak2 yang akan serupa saudara2nya  ^^
< sheikh rohimuddin >

8 ::  sabda Baginda s.a.w maksudnya :
sebaik2 perempuan (isteri) ialah apabila engkau menatap kepadanya menggembirakan hatimu dan 
apabila engkau suruh, dia mengikut perintahmu, apabila engkau bersumpah atasnya dia berbuat baik 
terhadapmu dan apabila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan hartanya ^^ .
<riwayat an-nasa'ie>

9 :: sebaik2 sahabt adalah seorang yang mencintaimu kerana Allah, mengingtkanmu kepada Allah, menanmkan hatimu rasa takut kepada Allah, membuatmu suka bertemu Allah . .
itulah sebaik baik bekalan utk hari kiamat (tempat kembali ) ^^ <sheikh Rohimuddin>

10 :: untuk kamu mendapat cinta Allah, tak dapat tidak kamu mesti mencintai Rasulullah krn Rasulullah e2 adalah pintu kepada cinta Allah ..
sesiapa yang x mencintai Rasulullah pasti tak akan mendapat cinta Allah ^^

11 :: maka tidakkah mereka menghayati alQuran @ hati mereka sudah terkunci ? (48:24)
maka barangsiapa menghendaki , tentu dia mengambil pelajaran darinya. dan mereka tidak mengambil pelajaran darinya (alQuran kecuali jika ALLAH menghendaki (75 :55-56) ^^

12 :: dan sabda Nabi " bermula perempuan yang solehah (baik) itu terlebih baik ia (perempuan solehah) daripada lelaki yang soleh " 
perempuan solehah sukar nak cari seperti gagak putih ^^

13 :: "berangkatlah kamu dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.itu adalah lebih baik sekiranya kamu mengetahuinya (at-taubah :41) ^^

14 :: nasihat imam al-Ghazali dlm kitabnya Ihya' Ulumuddin  : "jika engkau ingin brsahabat dengan seseorang maka carilah lima hal dalam dirinya : berakal cerdas, berbudi pekerti , soleh/ah, tak tamak terhadap harta dan tak berdusta" ^^

15 :: Rasulullah s.a.w bersabda : sesungguhnya yang paling tercinta kamu kepadaku dan yang paling terdekat tempat duduk kamu daripadaku pada hari kiamat , ialah yang terbagus akhlak daripada kamu ^^

16 ::  Rasulullah s.a.w bersabda : barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan . dan ia  (syaitan) mengeluh : Aduh, celaka aku ! agamanya telah terpelihara dari godaanku " ^^

17 :: binasakan "aku" dalam hatimu . binakan Dia dalam sirrmu . .
bajakan Dia sehingga berbuah manis dalam dirimu . .
racunkan "aku" hingga tiada benihnya dalam dirimu ..
*bykkan berdoa dan sujud kepadaNya . hinakan diri di hadapanNya. bebankan nafsu dengan banyak berzikir kepadNYa ^^

18 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : nikahilah wanita penyayang dan subur. kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku di hadapan umat lain (kelak di hari kiamat)
 <HR abu daud, an_nasa'i dan al-hakim > ^^

19 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : jika datang melamar kepada kalian orang yang disetujui (dinilai baik) agama dan akhlaknya , maka kahwinkanlah segera : kalau tidak dilaksanakan (xmenilai dari dua hal ini) akan terjadi fitnah dan kerosakan besar di muka bumi ini . 
<HR imam at-tirmizi> ^^

20 :: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : yang membawa sebahagian dari kebrkahan wanita adalah yang mudah dilamar dan murah maharnya <HR Imam Ahmad>
dalam riwayat lain, : "sebahagian dari keberkahan wanita adalah yang cepat bersuami , cepat melahirkan anak dan murah maharnya " . ^^

21 :: Nabi bersabda yang bermaksud : " berbezalah kalian dengan orang2 musyrik ; panjangkan janggut dan guntinglah kumis (misai) "  <HR imam Bukhari> ^^

22 :: sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : bermula segala anak perempuan itu kebajikan dan segala anak lelaki itu nikmat. . maka kebajikan itu diberi pahala atasnya dan segala nikmat itu ditanyakan daripadanya" ^^ <kitab al-jauhar al-mauhub wa minbihati al-qulub>

23 :: orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang diambil, 
sampai bile2 pun dia xkan menjadi seorang yang berani < khalifah ali bin abi talib > _fairuz_


Sunday, October 28, 2012

cemburu tanda iman ? let's check it Out ^^ .



cemburu tanda iman ? let's check it Out ^^ .

sikap cemburu jika berasas adalah tanda iman . .

tapi . .
kalau cemburu yang tak berasas e2 tandanya penyakit hati . .

sabda Nabi Muhammad s.a.w :

Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir.) . .

maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami . . 


Rasulullah bersabda:

“Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tak kisah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah)




Sabda Nabi juga: 

Tiga manusia akan diharamkan Allah dari Syurga;
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Umar) 

sumber rujukan :
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/05/suami-dan-facebook-isteri.html

Tuesday, October 23, 2012

hadiah buat si ma'zurah (=



alhamdulillah ,
perkongsian daripada seorang zaujah kepada murabbi sheikh zainul asri ::

buat muslimah yang ma'zurah , anda boleh amalkan doa ini ketika masuknya azan .

الحمدلله على كل حال . وأستغفرالله على كل ذنب..

|pahalanya sama seperti mengerjakan solat . insyaAllah|

di samping itu , perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W  . .
perbanyakkan berzikir kepada Allah S.W.T . .
perdengarkan bacaan al-Quran . .
baca al-ma'thurat / ruqyah / ayat manzil . .

jangan sesekali kite tinggalkan dari mengingati Allah  . .
jangan biarkan iman kite bercuti . .
jangan biarkan syaitan memasuki dan merajai hati kite . .
always Remem Allah . 



<peringatan buat diri juga>

be strOng be tOugh ^^.

impian membina baitul muslim sudah tentu menjadi impian semua orang yang mencintai sunnah Rasulullah s.a.w . .
antara cepat atau lambat . .
biarlah segalanya diserahkan kepadaNya . .
tapi, usaha juga perlu (= . .

sentiasa amalkan doa untuk mendapat suami yang soleh . .
semOga si dia dapat membimbing kita ke arah mencapai mardhatillah . .
insyaAllah . .
tak dikatakan cinta dan sayang andai segalanya berdasarkan kepuasan nafsu semata
bukan untuk mencapai mardhatillah . .



|ya Allah. kurniakanlah daku seorang suami yang soleh. melamarku dan mengahwiniku serta menjadi temanku di dunia dan di syurga . insyaAllah . aamiin \(^_^)/ |

cOmel kan gambar baitul muslim kat bawah ni ? ^^ .
semoge dikurniakan suami yang sentiasa menjaga pakaianku , akhlakku , dan segalanya tentang diriku . .
e2 baru tanda sayang dan cinta yang sebenar ryte ? (:
menjaga aurat isteri dari dilihat bukan mahram lain . .
menjaga ikhtilat isteri dari bersosial dengan bukan mahram lain yang bukan atas urusan tugasan penting .
menjaga waktu solat dan always buat ta'lim kat rumah . .
best kan macam ni ? :) 
menghidupkan suasana baitul muslim dengan kecintaan terhadap Allah. Rasulullah . ulama' dan ilmu2 . .
walaupun tak kaya harta . tak kaya tanah . tapi kaya ilmu e2 mesti ade ^^  .
semoga Allah permudahkan urusan . allahumma aamiin .




tempoh di saat khitbah paling sukar nak jaga . semoge Allah memelihara perhubungan kami . semoga Allah pelihara ikhtilah kami . jangan dibiarkan kami tersasar jaOh . terimalah taubat kami ya Allah .. penantian bukanlah suatu penyeksaan andai di saat penantian e2 kite sentiasa berusaha menyibukkan diri dengan mencari dan mengutip mutiara2 ilmu Allah di atas muka bumi ini . .insyaAllah . .  



|jaga iman| jaga diri | jaga hati | jaga ikhtilat | tambahkan ilmu |
| cintakan Allah dan Rasul |
insyaALLAH . .be strong . be tough . 
Allah always be with Us . .
sama2 harungi .
on9 dengan dOa ^^.

رب يسر ولا تعسر فإن تيسير كل عسير عليك يسير . اللهم تمم بالخير . آمين يا الله 

luahan hati cetusan rasa insan kerdil . .

ya Allah . alhamdulillah, dikurniakan sahabat2 yang soleh dan solehah . .
dari mereka, ku mula mengenali ulama'2 . .
dari mereka , ku mula mencintai dan mengasihi Rasulullah s.a.w . .
dari mereka, ku belajar erti persahabatan . .
dari mereka juga, ku belajar erti tujuan hidup yang sebenar . .

ALLAH, . syukran ya ALLAH . . 

sungguh indah aturan yang Engkau lakukan untukku ya Allah . .
bagaimana mungkin diri ini menolak hadiah kasih sayang dariMu ya Allah . .

walaupun sangat sedikit diri ini menadah tangan tanda kesyukuran kepadaMu, 
namun Engkau tetap menabur dan mencurahkan rezeki kepadaku ya Allah . .
Allah . Allah. ya Allah. ya Rabbul 'Izzati. 

syukran sahabat/sahabiah semua . 
uhibbukum fillah . .
tegur diri ini andai ade buat salah dan silap . sesungguhnya manusia adalah insan yang mudah lupa. 
sentiasa perlu diberi tazkirah sebagai peringatan buat diri yang leka dan lagha ini . .
semoga kite terus diberi kekuatan dalam menegakkan perjuangan Islam . .
selagi nyawa masih dikandung badan . selagi denyutan nadi belum terhenti . .
teruskan perjuangan . tambahkan ilmu . sayangi ulama' . cintakan Allah . cintakan Rasulullah . sayangi keluarga dan sahabat ^^  . .


Allah. manisnye syurga ..

kata2 dari murabbi sheikh zainul asri :: 
jangan gelisah untuk perkara yang Allah sudah jamin seperti rezeki kerana sudah dijamin . .
cuma kite kena risau perkara yang belum pasti iaitu kedudukan kita kelak sama ada syurga atau neraka .

|muhasabah bersama|