Tuesday, January 15, 2013

terkilan :'(

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah. . sedihnya bila orang yang kita sayang jatuh sakit dan kita tak dapat bersama dia sepanjang dia sakit :' 

.
rindu dan rindu :) .

syafakillah ya habibati .

semoga cepat sembuh .

Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang tak kan kita mampu memikulnya .

hanya mampu mendoakan dari kejauhan dan ucapan kata-kata motivasi sebagai pembangkit semangatmu wahai habibati^^ .

enti ya habibati qawiyy ! enti boleh ! Allah bagi kekuatan . Allah sebaik-baik penolong .

sama-sama kita berdoa meminta pertolongan dariNya duhai penyejuk hatiku .


.
اللهم انت الشافي . لا شفاء الا شفاءك . ولا يغادر سقما . انت الشافي . يا الىهي

اللهم صل على سيدنا محمد 

Sunday, January 13, 2013

siapakah musyabbih, mu'atthil dan muwahhid ?

بسم الله الرحمن الرحيم

siapakah golongan yang dikatakan sebagai musyabbih, mu'atthil dan muwahhid? .

"sesiapa yang bangkit untuk mengenali Tuhannya kemudian dia berasa tenang kepada kewujudan yang dapat sampai oleh akal fikirannya kepada kewujudan tersebut, maka dia adalah MUSYABBIH (menyerupakan Allah dengan makhlukNya) , dan jika dia berasa tenang dengan apa yang tidak wujud maka dia adalah MU'ATTHIL (menafikan kewujudan Allah) , dan jika dia tenang dengan yang wujud dan mengakui akan kelemahannya untuk mengetahui hakikatNya maka dia adalah MUWAHHID (mentauhidkan Allah).."
<Imam al-Syafi'i>

pengetahuan kita tentang Allah SWT hanya terbatas setakat mengetahui tentang segala apa sifat wajib, mustahil dan yang harus bagi Allah SWT . 

Ibn Abbas r.a berkata yang bermaksud :
" berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah sesekali kamu berfikir tentang Zat Allah"
<riwayat al-Imam al-Baihaqi>

tiada siapa pun yang mengetahui tentang hakikat Allah melainkan Allah SWT sahaja. . berfikirlah kita tentang makhluk Allah kerana dengan adanya makhluk itu tandanya wujud Allah SWT sebagai pencipta kita .. Allah maujud bila makan . Allah itu wujud tanpa bertempat .kerana sifat bertempat itu adalah sifat bagi makhluk. mustahil bagi Allah menyerupai makhluk .

Allah ada tanpa tempat . Allah exists without a place..


"Maha Tinggi Allah daripada mempunyai segala batasan (had atau saiz) , penghujung (iaitu pengakhiran. hal ini adalah sifat jisim yang hanya layak bagi makhluk), bentuk (iaitu penjuru, sudut, arah atau bahagian), anggota yang besar (seperti kepala, tangan dan kaki), dan anggota yang kecil (seperti lidah, gigi dan geraham) , dan tidak meliputiNya oleh arah (lokasi) yang enam seperti sekalian makhluk." 
< Imam Abu Jaafar al-Thahawi yang hidup pada abad ke3H dalam kitabnya yang berjudul Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah (akidah al-Tohawiah) >

Firman Allah SWT :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat " 
<surah al-Syura : 11)

setiap manusia yang memikirkan tentang Zat Allah lalu dia mengkhayalkan dengan khayalannya akan satu bentuk atau menyangka dengan sangkaan kemudian mempercayai apa yang dikhayalkan dan disangkakannya itu ialah Allah, maka dia bukan seorang Muslim yang mengesakan Allah . Orang Mukmin yang benar ialah mereka yang menyembah Zat yang tidak ada sekutu dan perumpamaan bagiNya .

Imam al-Rifa'i berkata :
" kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat ".

terjemahannya : Imam al-Rifa'i berkata :
'kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat'

ianya berdasarkan Firman Allah :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya (dari segi Zat, sifat-sifat dan pentadbiranNya ) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat "
<surah al-Syura : 11)

rujukan : kitab syarah akidah mursyidah, Ahmad Faidzurrahim.

اللهم انصر العقيدة المسلمين والمسلمات في كل مكان وفي كل زمان . يا الله بيمبيغله كامي اونتوق تروس براد دجالن يغ لوروس, بوكن 
جالن يغ اغكاو موركاءي دان بوكن حالن يغ سست . اللهم آمين . صل اللهم على سيدنا محمد . 

"الله موجود بلا مكان"

اللهم صل على سيدنا محمد


tarbiyyah (:

بسم الله الرحمن الرحيم
a nice quote yang saya sangat suka  iaitu :

" tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan dicapai dengan tarbiyah" . 
(as-syeikh mustafa masyhur) .

ataupun in English version :: " tarbiyah is nothing but everything is nothing without tarbiyah" ^^ .

kenapa kita memerlukan tarbiyah? . sebab tarbiyah adalah jalan untuk kita meningkatkan diri ke tahap yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wa ta'ala ..



اللهم صل على سيدنا محمد

teruskan perjuangan ! :)

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama x update blog . :) . entri kali ni ditujukan untuk anak-anak muda yang sedang berjuang untuk menegakkan Islam . berjuang untuk mengembalikan semula fahaman Islam yang sebenar dan juga berjuang untuk mengembalikan tampuk pimpinan khilafah Islamiah .. Allahu Akbar !!. 



begitu mulianya niat sahabat-sahabat . . semoga Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita :') .. kadang-kadang jiwa menjadi lemah dek kerana kata-kata yang negatif . kdang-kadang juga pernah tersungkur kerana lemahnya iman di hati .. tepiskan segalanya! kuatkan semangat tabahkan hati .. ingat kembali apa yang telah kamu niatkan. ingat kembali perjuangan Rasulullah s.a.w . . Biarpun mehnah dan ujian datang , sebesar mana pun ujian yang ditimpa, jiwa baginda tetap utuh dan teguh ..



ujian yang ditimpa oleh kita x sebesar dan seberat baginda Rasulullah s.a.w .. sama-sama minta pertolongan daripada Allah SWT . bukankah Allah SWT adalah sebaik-baik penolong ? :) .. 

membawa dan menggalas tanggungjawab sebagai da'ie adalah bukan perkara yang mudah . . ilmu yang mantop dan mendalam, perlu dititikberatkan. . selagi nyawa dikandung badan, selagi darah masih mengalir, sleagi nadi masih berdenyut, selagi kita masih mempunyai kesedaran dan kecintaan terhadap Allah SWT, Rasulullah s.a.w dan terhadap agama ISLAM,, teruskanlah perjuangan !! teruskan usaha baikmu itu !! jangan pernah putus asa .. !! ^^ 

Allah SWT bersama kita. .sahabat2 sentiasa ada menyokong di belakang ! . .
*jadikan al-Quran dan as-sunnah pegangan hidup .. 

~ya Allah ya Tuhanku , bantulah kami dalam meneruskan perjuangan kami .. peliharakanlah umat Islam di seluruh dunia ya Allah .. bimbingkalnlah kami supaya sentiasa thabat di atas landasan jalan yang benar .. jalan yang Engkau redhai bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jua jalan yang sesat .. bukakanlah pintu hati-hati kami untuk sentiasa melabuhkan kecintaan kami kepadaMu dan juga kepada kekasihMu Rasulullah SAW. . Allahumma aamiin. ~

اللهم صل على سيدنا محمد


Tuesday, January 8, 2013

Sunday, January 6, 2013

awak , kita ini bercintakah ?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

——————————————————————

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan



Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya. .
(An-Nuur 24:33)



the best way :)


اللهم سهل امورنا يا الله. رب يسر ولا تعسر فإن تيسير كل عسير عليك يسير. اللهم تمم بالخير 

اللهم صل على سيدنا محمد

isteri-isteri dan anak2 Nabi Muhammad S.A.W ^^


بسم الله الرحمن الرحيم

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW.

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman.



اللهم صل على سيدنا محمد

credit to : |keharmonian rumahtangga dan keluarga muslim| :)