بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, dapat jua update blog kali ni. . kali ni ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang tafsir ayat pertama dari surah al-ikhlas . semoga dapat bermanfaat dan mendapat pencerahan yang jelas . :)
terjemahan ayat pertama surah al-ikhlas :
katakanlah olehmu Wahai Muhammad Dialah Allah Yang Maha Esa.
katakanlah olehmu : iaitu Katakanlah olehmu Wahai Muhammad .
Iaitu bahawasanya Allah S.W.T Esa, tiada sekutu bagiNya. Perkataan Wahid apabila digunakan kepada Allah S.W.T, maka ia membawa makna tiada sekutu bagiNya dan bukan membawa maksud "SATU" daripada jalan yang boleh dikira. hal ini demikian kerana jalan yang boleh dikira itu adalah jisim dan boleh dibahagi-bahagikan. Dan adapun Allah S.W.T tidak menyerupai jisim dan ZatNya tidak boleh dibahagi-bahagikan.
jika kita lihat, perkataan al-Wahid itu sendiri membawa maksud tiada sekutu bagiNya dalam ketuhanan.
الواحد : أي الذي لا شريك له في الألوهية
Al-Wahidu : iaitu tiada sekutu bagiNya dalam ketuhanan
- " Wahid " di sini kata Ulama' ertinya Esa iaitu tiada sekutu bagiNya. Bermakna, Esa di sini bukan bermaksud satu kerana satu adalah bilangan nombor kerana nombor itu adalah sifat makhluk dan makhluk itu berjisim dan boleh dibelah bahagi.
- Dapat disimpulkan bahawa makna Wahid di sini bukan satu tetapi Wahid di sini dengan makna yang sebenar adalah tiada sekutu bagiNya.
- Sebab itu, Wahid diterjemakan kepada Esa keran apabila diterjemahkan kepada Satu makan ia menjadi bilangan sedangkan Allah S.W.T Esa bukan dari jalan yang boleh dikira.
- Berbeza Wahid apabila disandarkan kepada manusia ia akan menjadi satu iaitu bilangan.
- Manakala apabila perkataan Wahid disandarkan kepada Allah S.W.T , maksudnya adalah Esa.
- Esa maksudnya Tiada Sekutu BagiNya.
قال الإمام أبو حنيفة رضي الله عنه :
إن الله واحد لا من طريق العدد ولكن من طريق أنه لا شريك له في الألوهية
terjemahan : sesungguhnya Allah itu esa bukan dari jalan (cara) bilangan tetapi Esa dengan maksud tidak ada sekutu bagiNya.
dipetik dari " kitab tafsir surah al-ikhlas yang telah disusun oleh panel penyelidikan Aqidah "
(Assolahiyyah Global Sdn Bhd)
dipetik dari " kitab tafsir surah al-ikhlas yang telah disusun oleh panel penyelidikan Aqidah "
(Assolahiyyah Global Sdn Bhd)
"apabila aqidah kita mantap, ibadah kita sempurna, akhlak kita baik ke mana dan di mana sahaja kita berada hati kita tetap akan menjadi tenang . kerana kita tidak akan mudah dihasut dan diserap serta terpengaruh dengan anasir luar . . mantapkan diri dengan ilmu-ilmu agama... ya Allah .kurniakanlah kepada kami kefahaman agama . Aamiin ya Rabb :') "
اللهم صل على سيدنا محمد
No comments:
Post a Comment