بسم الله الرحمن الرحيم
Telah berkata al-Muhaddith al-Hafidz Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi R.H ::
terjemahannya :
" dan aku wasiatkan kepadamu supaya sentiasa ingin dan gemar menuntut ilmu ahlu Sunnah wa al-Jama'ah (ASWJ) (yakni ilmu aqidah dan hukum hakam) dan jangan jemu dan bosan untuk perkara tersebut. Bermalas-malasan itu menyebabkan seseorang itu tidak peroleh ilmu. menuntut ilmu tidak akan berjalan selari dengan kemalasan."
Luangkan masa dan peluang yang ada dengan menuntut ilmu mahupun menelaah kitab-kitab pengajian :) .. Jangan sia-siakan masa dengan perkara yang lagha (lalai @ sia-sia) . Semoga kita menjadi insan yang sentiasa gemar menuntut ilmu agama dan juga sentiasa terdetik di hati kecil untuk terus menjadi penuntut ilmu . tuntutlah ilmu kerana Allah S.W.T . inshaAllah pasti hati kita akan berbunga-bunga dan hasilnya sangat manis . Syukran ya Rabb <3 !
"tanda seseorang itu mendapat kejayaan dunia dan akhirat ialah seseorang itu sentiasa di dalam hatinya ingin menambahi ilmu agama" :)
Allah.. semoga kita tergolong dalam orang sentiasa ingin menambahi ilmu agama . :')
teruslah menjadi pembelajar setiap masa setiap detik setiap waktu dan di mana-mana sahaja ^^ . ya Allah ya Tuhanku. berilah kefahaman agama dalam diriku ini ya Allah . \(^_^)/
اللهم صل على سيدنا محمد
No comments:
Post a Comment