Saturday, October 5, 2013

armsock jejari & pelapik dagu :)

بسم الله الرحمن الرحيم ..

sesiapa yang berminat untuk membeli armsock jejari dan pelapik bawah dagu bolehlah terus menghubungi saya :)

selamat menutup aurat . semoga setiap langkahmu dalam redho Allah Subhanahu Wa Ta^ala ..


pelapik bawah dagu .. 
material : kain chiffon   
colour : black 



armsock jejari
colour : pink

selain warna pink, terdapat juga warna ::
- hitam
- ungu gelap
- coklat lembut
- coklat gelap
- maroon
- kelabu
- hijau turqoise

اللهم صل على محمد :)

Friday, October 4, 2013

bawah dagu :)

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah ..
betapa pentingnya menuntut ilmu fardu ain nih ..
dari diri ini menjadi jahil ..
baru ku tahu dagu itu aurat :')

sahabat2 ..
bahagian bawah dagu itu bukan bahagian muka.
kerana definisi muka yang sebenar ialah dari tumbuhnya anak rambut sehingga tulang dagu dan dari anak telinga kanan hingga anak telinga kiri

so,, kepada sahabat2 yang belum menutup bawah dagu, lepas ni..
tutup dagu dengan pelapik .. coz it's ur aurah ^^

dan kepada sahabat2 yang pernah mengerjakan solat tanpa pelapik dagu (kebiasaannya ada yang tak pakai telekung, tapi solat pakai tudung labuh yang tak ada pelapik dagu) , kena qadha' balik solat tu. sebab tak sah solatnya ..


alhamdulillah .. banyak ilmu yang dapat dari program Fiqh wanita .
rajin2 menuntut ilmu .. belajar dengan berguru ..
semoga Allah permudahkan

manisnya menuntut ilmu fardu ain ni ibarat manisnya bercinta ^^

Allahumma solli ^ala MUHAMMAD ..

>>coming soon :: admin akan update jualan secara runcit : armsock jejari dan pelapik bawah dagu :)

Tuesday, September 17, 2013

rindu :')

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah :') Allahumma Solli ^ala Muhammad ..
mesti ramai yang sudah dapat bertemu Rasulullah S.A.W dalam mimpi kan ? 
say alhamdulillah :')
hanya bingkisan hati .
luahan jiwa .
dari insan kerdil yang masih punya banyak dosa .

masih banyak lagi yang perlu diperbaiki . 
doakan daku supaya dapat bertemu dengan Nabi Muhammad SAW :')
doakan daku supaya disucikan hati daripada penyakit hati .
doakan daku supaya dilembutkan jiwa untuk selalu mengingatiNya .
doakan daku supaya dibasahi lidah untuk selalu berselawat kepadanya .



Allah ...
ku rinduuu ..
kasihMu ...
Nabiku ...

rinduuu....
inginku bertemu denganmu :')

ya Allah . jadikanlah kami ahli-ahli yang akan mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW ..


Thursday, September 12, 2013

zaujah solehah ? insha Allah :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. .selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .. dan sahabat-sahabat serta keluarga baginda :')

Dah lama tak update blog . kali ni nak berkongsi sedikit kata-kata atau lebih sesuai dikategorikan sebagai nasihat dari mama Aisyah ^^ . (taken from guru zauj mama)

sebagai isteri , kita sering kali lupa atau kadang-kadang tidak sengaja perlakuan yang boleh mengguris hati seorang suami . .

di sini sebagai perkongsian dan peringatan buat diriku jua..



AZIMAT DALAM URUSAN DENGAN SUAMI ^^

1. bergurau boleh tapi jangan sampai hatinya kena terima jahitan
2. berbincang boleh tapi jangan sampai air liur jatuh ke mukanya
3. berbelanja boleh tapi jangan sampai tembus poketnya
4. meminta boleh tapi jangan sampai membotakkan kepalanya
5. merajuk boleh tapi jangan sampai kesabaran mereka jadi bahan uji
6. bercakap boleh tapi jangan sampai suara mereka lebih romantik daripada kita
7. bijak boleh tapi jangan sampai mereka rasa bodoh
8. jangan mengawal mereka sehingga terpaksa pakai alat kawalan jauh
9. sibuk boleh tapi jangan sampai mereka makan maggie hari-hari
10. diam boleh tapi jangan sampai suami suka tengok doraemon daripada kita
11. hebat boleh tapi jangan sampai suami jadi pak pandir pada orang lain
<guru abi>


semoga bermanfaat sebagai persediaan untuk menjadi isteri solehah :')
wanita yang solehah itu terlebih baik daripada lelaki yang soleh ibarat mencari seekor gagak putih ..


Wednesday, March 20, 2013

tips kuat ingatan :)

بسم الله الرحمن الرحيم

ingin menjadi penghafal al-Quran dan hadith, namun tak dapat nak hafal ?. jomm baca kisah saidina Ali r.a dari sebuah hadis .


Abdullah bin Abbas r.a berkata :
"saya telah pergi ke majlis Nabi SAW, dan di sana Ali r.a telah datang dan berkata, wahai Rasulullah SAW, saya  korbankan ayah dan ibu saya untuk tuan, ayat-ayat alQuran tidak melekat pada hati saya. Apa-apa sahaja yang saya hafal tidak kekal dalam ingatan.

Nabi SAW bersabda , hendakkah saya memberitahu kamu satu cara yang akan memberi manfaat kepada kamu dan kepada sesiapa yang akan kamu sampaikan tentang hal ini, serta apa-apa sahaja yang akan kamu pelajari akan terpelihara dalam ingatanmu ?

di atas permintaan Ali r.a, Nabi SAW memberitahu , "apabila tiba malam Jumaat, sekiranya kamu mampu , bangunlah pada satu pertiga bahagian akhir malam . masa itu adalah yang paling baik kerana masa tersebut adalah masa para Malaikat turun ke bumi dan masa yang khusus untuk penerimaan doa. untuk menunggu masa tersebutlah, Nabi Yaakub a.s berkata kepada anak-anaknya "Tidak lama lagi aku akan memohon keampunan untukmu daripada Tuhanku".
sekiranya susah untuk kamu bangun pada masa itu, maka bangunlah pada pertengahan malam. sekiranya itupun kamu tidak mampu, maka berdirilah mengerjakan solat sunat empat rakaat pada permulaan malam. caranya ialah pda rakaat pertama setelah membaca al-Fatihah, bacalah surah Yaasiin. pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah ad-Dukhan. pada rakaat ketiga,selepas al-Fatihah bacalah surah As-Sajadah. pada rakaat keempat, selepas al-Fatihah, bacalah surah al-Mulk. setelah memberi salam, hendaklah kamu memuji Allah SWT sebanyak-banyaknya, kemudian berselawat ke atasku. kemudian, berselawat ke atas semua nabi-nabi a.s. selepas itu, beristighfarlah untuk seluruh orang Mukmin ddan saudara Islam yang telah meninggal dunia sebelum kamu. selepas itu bacalah doa ini ::

"ya Allah, rahmatilah daku sehingga daku dapat meninggalkan segala maksiat selama mana Engkau menghidupkan daku. rahmatilah daku sehingga daku tidak menanggung apa-apa beban yang tidal memberi mandaat kepadaku. kurniakanlah kepada daku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa aku kepada keredhaanMu. wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, wahai Tuhan yang memiliki kehebatan, dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapapun. wahai tuhan Tuhan yang maha pemurah , dau memohon dengan kehebatan dan Nur wajahMu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitabMu sebagaimana Engkau telah mengajarku . dan kurniakanlah supaya daku dapat membaca alQuran dengan cara yang menyebabkan Engkau redha terhadapku. Wahai tuhan yang menciptakan langit dan bumi , yang memiliki kehebatan , kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat dicapai. wahai Tuhan yang Maha Pemurah, daku memohon dengan kehebatan dan Nur wajahMu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan Nur kitabMu dan Engkau menggerakkan lidahku untuk menyebut al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan alQuran dan Engkau membasuh badanku dengan alQuran, kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku ke atas perkara yang benar kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara itu benar kecuali Engkau. Dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Rasulullah SAW berkata :
wahai Ali, lakukanlah amalan ini sama ada 3 Jumaat, 5 kali Jumaat atau 7 kali Jumaat. dengan izin Allah, demi Zat yang mengutuskan daku dengan kebenaran, doa ini tidak akan ditolak oleh mana-mana mukmin.

Abdullah bin Abbas r.a berkata lagi :
"setelah berlalu 5 atau 7 minggu, Ali r.a telah datang ke majlis Nabi SAW dan berkata :
"wahai Rasulullah SAW , dahulu saya membaca lebih kurang 4 ayat, itupun saya tidak dapat mengingatinya, sedangkan sekarang saya membaca 40 ayat dan ayat-ayat itu dapat saya ingat sehingga seolah-olahal-Quran terbuka di hadapan saya. dahulu saya mendengar hadis dan selepas itu, saya cuba mengulangi hadis, namun hadith itu tidak kekal dalam ingatan saya. sekarang, setelah saya mendengar hadith, apabila saya ingin menyampaikan hadith itu kepada orang lain, satu huruf pun saya tidak akan tertinggal ." (HR at-Tirmizi)

اللهم صل على سيدنا محمد

Tuesday, March 12, 2013

Tuhan, kurniakan ku cinta :')

بسم الله الرحمن الرحيم

astaghfirullah al ^azim .. ya Allah. banyaknya dosa yang telah ku lakukan . . hati dan jiwa terasa kosong ..
iman semakin berkurang . apakah ini tanda menunjukkan ku kurang mengingatiMu . atau adakah kerana ku semakin lalai dengan nikmat dunia yang bersifat sementara ini .. Allahu Allah..


kehadiran sahabat-sahabat yang ku sayangi membuatkan hati ini semakin terubat dan keinsafan mula menyapa diri .. diri menjadi lebih kuat dan yakin. . semakin percaya dengan janjiMu. semakin cinta dengan kasihMu ya Rabbul ^izzati ..

ya Allah, kurniakan daku rasa cinta . titipkanlah di hati dan jiwa ini cinta yang mendalam kepadaMu dan juga kepada kekasihMu Rasulullah S.A.W .. jadikan hari-hari yang ku lalui dengan sentiasa mengingatiMu dan lidah serta jiwa sentiasa berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. diri ini adalah pendosa yang sentiasa leka dan lalai dengan nikmat duniawi . ampunilah daku ya Allah. jadikah daku salah seorang daripada umat yang mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W ..allahumma aamiin..



kurniakan daku rasa cinta :') .
tanamkan jiwa dengan ketauhidan kepada Allah S.W.T ..

*belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan selagi mampu.. semoga terus tabah . tangis dalam diam :)
*berhenti berharap sesuatu yang tak pasti . stay strong*
اللهم اجعلنا من أهلي شفاعته صلى الله عليه وسلم

Wednesday, February 13, 2013

menjadi pembelajar ; everytime everywhere ;)

بسم الله الرحمن الرحيم


Telah berkata al-Muhaddith al-Hafidz Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi R.H ::
terjemahannya : 
" dan aku wasiatkan kepadamu supaya sentiasa ingin dan gemar menuntut ilmu ahlu Sunnah wa al-Jama'ah (ASWJ) (yakni ilmu aqidah dan hukum hakam) dan jangan jemu dan bosan untuk perkara tersebut. Bermalas-malasan itu menyebabkan seseorang itu tidak peroleh ilmu. menuntut ilmu tidak akan berjalan selari dengan kemalasan."

Luangkan masa dan peluang yang ada dengan menuntut ilmu mahupun menelaah kitab-kitab pengajian :) .. Jangan sia-siakan masa dengan perkara yang lagha (lalai @ sia-sia) . Semoga kita menjadi insan yang sentiasa gemar menuntut ilmu agama dan juga sentiasa terdetik di hati kecil untuk terus menjadi penuntut ilmu . tuntutlah ilmu kerana Allah S.W.T . inshaAllah pasti hati kita akan berbunga-bunga dan hasilnya sangat manis . Syukran ya Rabb <3 !


"tanda seseorang itu mendapat kejayaan dunia dan akhirat ialah seseorang itu sentiasa di dalam hatinya ingin menambahi ilmu agama" :)

Allah.. semoga kita tergolong dalam orang sentiasa ingin menambahi ilmu agama . :')


teruslah menjadi pembelajar setiap masa setiap detik setiap waktu dan di mana-mana  sahaja ^^ . ya Allah ya Tuhanku. berilah kefahaman agama dalam diriku ini ya Allah . \(^_^)/

اللهم صل على سيدنا محمد

Allah Yang Maha Esa :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dapat jua update blog kali ni. . kali ni ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang tafsir ayat pertama dari surah al-ikhlas . semoga dapat bermanfaat dan mendapat pencerahan yang jelas . :)


terjemahan ayat pertama surah al-ikhlas :
  katakanlah olehmu Wahai Muhammad Dialah Allah Yang Maha Esa.

katakanlah olehmu : iaitu Katakanlah olehmu Wahai Muhammad .

Iaitu bahawasanya Allah S.W.T Esa, tiada sekutu bagiNya. Perkataan Wahid apabila digunakan kepada Allah S.W.T, maka ia membawa makna tiada sekutu bagiNya dan bukan membawa maksud "SATU" daripada jalan yang boleh dikira. hal ini demikian kerana jalan yang boleh dikira itu adalah jisim dan boleh dibahagi-bahagikan. Dan adapun Allah S.W.T tidak menyerupai jisim dan ZatNya tidak boleh dibahagi-bahagikan.

jika kita lihat, perkataan al-Wahid itu sendiri membawa maksud tiada sekutu bagiNya dalam  ketuhanan.

الواحد : أي الذي لا شريك له في الألوهية
Al-Wahidu : iaitu tiada sekutu bagiNya dalam ketuhanan

  1. " Wahid " di sini kata Ulama' ertinya Esa iaitu tiada sekutu bagiNya. Bermakna, Esa di sini bukan bermaksud satu kerana satu adalah bilangan nombor kerana nombor itu adalah sifat makhluk dan makhluk itu berjisim dan boleh dibelah bahagi.
  2. Dapat disimpulkan bahawa makna Wahid di sini bukan satu tetapi Wahid di sini dengan makna yang sebenar adalah tiada sekutu bagiNya.
  3. Sebab itu, Wahid diterjemakan kepada Esa keran apabila diterjemahkan kepada Satu makan ia menjadi bilangan sedangkan Allah S.W.T Esa bukan dari jalan yang boleh dikira.
  4. Berbeza Wahid apabila disandarkan kepada manusia ia akan menjadi satu iaitu bilangan.
  5. Manakala apabila perkataan Wahid disandarkan kepada Allah S.W.T , maksudnya adalah Esa.
  6. Esa maksudnya Tiada Sekutu BagiNya.
قال الإمام أبو حنيفة رضي الله عنه :
إن الله واحد لا من طريق العدد ولكن من طريق أنه لا شريك له في الألوهية
terjemahan : sesungguhnya Allah itu esa bukan dari jalan (cara) bilangan tetapi Esa dengan maksud tidak ada sekutu bagiNya.

dipetik dari " kitab tafsir surah al-ikhlas yang telah disusun oleh panel penyelidikan Aqidah "
(Assolahiyyah Global Sdn Bhd)


"apabila aqidah kita mantap, ibadah kita sempurna, akhlak kita baik ke mana dan di mana sahaja kita berada   hati kita tetap akan menjadi tenang . kerana kita tidak akan mudah dihasut dan diserap serta terpengaruh dengan anasir luar . . mantapkan diri dengan ilmu-ilmu agama... ya Allah .kurniakanlah kepada kami kefahaman agama . Aamiin ya Rabb :') "

اللهم صل على سيدنا محمد



Thursday, February 7, 2013

sebaik-baik kita :')

بسم الله الرحمن الرحيم

bermula agama kamu dan daging kamu dan darah kamu itu, jika baik agama kamu nescaya baiklah amal kamu dan dan daging kamu dan darah kamu ;  maka jika binasa agama kamu nescaya binasalah amal kamu dan daging kamu dan darah kamu dan jangan ada kamu seperti sumbu pelita yang menerang nur akan dirinya dan menerang ia segala akan manusia..

ya Allah, jadikanlah kami insan yang soleh dan solehah. tuntunlah kami ke jalan yang benar, iaitu jalan yang Engkau redhai, bukan jalan yang Engkau murkai dan juga bukan jalan orang yang sesat :')


bermula sebaik-baik ilmu hikmah itu takut akan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik kaya itu memadai dengan hanya sedikit, dan sebaik-baik bekal itu takut akan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik barang yang dikurniai pada hati itu yakin akan Tuhan, dan sebaik-baik barang yang diberi akan kamu itu afiat pada badan , iman dan amal

اللهم صل على سيدنا محمد

Friday, February 1, 2013

proud to be a Muslim :)

بسم الله الرحمن الرحيم

juz wanna share a simple quote :: 
I'm a Muslim .. Islam is perfect but I am not ..
so, if I make a mistake .. 
blame it on me ..
not on my religion :')



Islam is the best way. Islam is the best religion .. 

Alhamdulillah, I'm Muslim ^^ .

اللهم صل على سيدنا محمد 

Tuesday, January 15, 2013

terkilan :'(

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah. . sedihnya bila orang yang kita sayang jatuh sakit dan kita tak dapat bersama dia sepanjang dia sakit :' 

.
rindu dan rindu :) .

syafakillah ya habibati .

semoga cepat sembuh .

Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang tak kan kita mampu memikulnya .

hanya mampu mendoakan dari kejauhan dan ucapan kata-kata motivasi sebagai pembangkit semangatmu wahai habibati^^ .

enti ya habibati qawiyy ! enti boleh ! Allah bagi kekuatan . Allah sebaik-baik penolong .

sama-sama kita berdoa meminta pertolongan dariNya duhai penyejuk hatiku .


.
اللهم انت الشافي . لا شفاء الا شفاءك . ولا يغادر سقما . انت الشافي . يا الىهي

اللهم صل على سيدنا محمد 

Sunday, January 13, 2013

siapakah musyabbih, mu'atthil dan muwahhid ?

بسم الله الرحمن الرحيم

siapakah golongan yang dikatakan sebagai musyabbih, mu'atthil dan muwahhid? .

"sesiapa yang bangkit untuk mengenali Tuhannya kemudian dia berasa tenang kepada kewujudan yang dapat sampai oleh akal fikirannya kepada kewujudan tersebut, maka dia adalah MUSYABBIH (menyerupakan Allah dengan makhlukNya) , dan jika dia berasa tenang dengan apa yang tidak wujud maka dia adalah MU'ATTHIL (menafikan kewujudan Allah) , dan jika dia tenang dengan yang wujud dan mengakui akan kelemahannya untuk mengetahui hakikatNya maka dia adalah MUWAHHID (mentauhidkan Allah).."
<Imam al-Syafi'i>

pengetahuan kita tentang Allah SWT hanya terbatas setakat mengetahui tentang segala apa sifat wajib, mustahil dan yang harus bagi Allah SWT . 

Ibn Abbas r.a berkata yang bermaksud :
" berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah sesekali kamu berfikir tentang Zat Allah"
<riwayat al-Imam al-Baihaqi>

tiada siapa pun yang mengetahui tentang hakikat Allah melainkan Allah SWT sahaja. . berfikirlah kita tentang makhluk Allah kerana dengan adanya makhluk itu tandanya wujud Allah SWT sebagai pencipta kita .. Allah maujud bila makan . Allah itu wujud tanpa bertempat .kerana sifat bertempat itu adalah sifat bagi makhluk. mustahil bagi Allah menyerupai makhluk .

Allah ada tanpa tempat . Allah exists without a place..


"Maha Tinggi Allah daripada mempunyai segala batasan (had atau saiz) , penghujung (iaitu pengakhiran. hal ini adalah sifat jisim yang hanya layak bagi makhluk), bentuk (iaitu penjuru, sudut, arah atau bahagian), anggota yang besar (seperti kepala, tangan dan kaki), dan anggota yang kecil (seperti lidah, gigi dan geraham) , dan tidak meliputiNya oleh arah (lokasi) yang enam seperti sekalian makhluk." 
< Imam Abu Jaafar al-Thahawi yang hidup pada abad ke3H dalam kitabnya yang berjudul Akidah Ahlus Sunnah Waljamaah (akidah al-Tohawiah) >

Firman Allah SWT :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat " 
<surah al-Syura : 11)

setiap manusia yang memikirkan tentang Zat Allah lalu dia mengkhayalkan dengan khayalannya akan satu bentuk atau menyangka dengan sangkaan kemudian mempercayai apa yang dikhayalkan dan disangkakannya itu ialah Allah, maka dia bukan seorang Muslim yang mengesakan Allah . Orang Mukmin yang benar ialah mereka yang menyembah Zat yang tidak ada sekutu dan perumpamaan bagiNya .

Imam al-Rifa'i berkata :
" kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat ".

terjemahannya : Imam al-Rifa'i berkata :
'kemuncak makrifat kepada Allah (mengenal Allah) adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa kaif (bentuk) dan tempat'

ianya berdasarkan Firman Allah :
ليس كمثله شىء وهو السميع البصير
" Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya (dari segi Zat, sifat-sifat dan pentadbiranNya ) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat "
<surah al-Syura : 11)

rujukan : kitab syarah akidah mursyidah, Ahmad Faidzurrahim.

اللهم انصر العقيدة المسلمين والمسلمات في كل مكان وفي كل زمان . يا الله بيمبيغله كامي اونتوق تروس براد دجالن يغ لوروس, بوكن 
جالن يغ اغكاو موركاءي دان بوكن حالن يغ سست . اللهم آمين . صل اللهم على سيدنا محمد . 

"الله موجود بلا مكان"

اللهم صل على سيدنا محمد


tarbiyyah (:

بسم الله الرحمن الرحيم
a nice quote yang saya sangat suka  iaitu :

" tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan dicapai dengan tarbiyah" . 
(as-syeikh mustafa masyhur) .

ataupun in English version :: " tarbiyah is nothing but everything is nothing without tarbiyah" ^^ .

kenapa kita memerlukan tarbiyah? . sebab tarbiyah adalah jalan untuk kita meningkatkan diri ke tahap yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wa ta'ala ..



اللهم صل على سيدنا محمد

teruskan perjuangan ! :)

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama x update blog . :) . entri kali ni ditujukan untuk anak-anak muda yang sedang berjuang untuk menegakkan Islam . berjuang untuk mengembalikan semula fahaman Islam yang sebenar dan juga berjuang untuk mengembalikan tampuk pimpinan khilafah Islamiah .. Allahu Akbar !!. 



begitu mulianya niat sahabat-sahabat . . semoga Allah sentiasa mengiringi perjuangan kita :') .. kadang-kadang jiwa menjadi lemah dek kerana kata-kata yang negatif . kdang-kadang juga pernah tersungkur kerana lemahnya iman di hati .. tepiskan segalanya! kuatkan semangat tabahkan hati .. ingat kembali apa yang telah kamu niatkan. ingat kembali perjuangan Rasulullah s.a.w . . Biarpun mehnah dan ujian datang , sebesar mana pun ujian yang ditimpa, jiwa baginda tetap utuh dan teguh ..



ujian yang ditimpa oleh kita x sebesar dan seberat baginda Rasulullah s.a.w .. sama-sama minta pertolongan daripada Allah SWT . bukankah Allah SWT adalah sebaik-baik penolong ? :) .. 

membawa dan menggalas tanggungjawab sebagai da'ie adalah bukan perkara yang mudah . . ilmu yang mantop dan mendalam, perlu dititikberatkan. . selagi nyawa dikandung badan, selagi darah masih mengalir, sleagi nadi masih berdenyut, selagi kita masih mempunyai kesedaran dan kecintaan terhadap Allah SWT, Rasulullah s.a.w dan terhadap agama ISLAM,, teruskanlah perjuangan !! teruskan usaha baikmu itu !! jangan pernah putus asa .. !! ^^ 

Allah SWT bersama kita. .sahabat2 sentiasa ada menyokong di belakang ! . .
*jadikan al-Quran dan as-sunnah pegangan hidup .. 

~ya Allah ya Tuhanku , bantulah kami dalam meneruskan perjuangan kami .. peliharakanlah umat Islam di seluruh dunia ya Allah .. bimbingkalnlah kami supaya sentiasa thabat di atas landasan jalan yang benar .. jalan yang Engkau redhai bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jua jalan yang sesat .. bukakanlah pintu hati-hati kami untuk sentiasa melabuhkan kecintaan kami kepadaMu dan juga kepada kekasihMu Rasulullah SAW. . Allahumma aamiin. ~

اللهم صل على سيدنا محمد


Tuesday, January 8, 2013

Sunday, January 6, 2013

awak , kita ini bercintakah ?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

——————————————————————

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan



Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya. .
(An-Nuur 24:33)



the best way :)


اللهم سهل امورنا يا الله. رب يسر ولا تعسر فإن تيسير كل عسير عليك يسير. اللهم تمم بالخير 

اللهم صل على سيدنا محمد

isteri-isteri dan anak2 Nabi Muhammad S.A.W ^^


بسم الله الرحمن الرحيم

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW.

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman.



اللهم صل على سيدنا محمد

credit to : |keharmonian rumahtangga dan keluarga muslim| :)

step by step tarbiyah anak soleh ^^


بسم الله الرحمن الرحيم

anak adalah anugerah kurniaan Allah yang tidak ternilai .. semua orang menginginkan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumah tangga dan juga sebagai pemimpin umat Islam pada generasi akan datang . :) jangan sampai tersalah mendidik . jadilah seorang ayah dan ibu yang bijak dalam mentarbiyah anak2 menjadi insan soleh solehah penggerak ummah fi mustakbal ^^ . inshaAllah .
"anakku soleh anakku hebat !"


اللهم صل على سيدنا محمد

Saturday, January 5, 2013

ayuh ! perangi akidah sesat :')


بسم الله الرحمن الرحيم

nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : sampai bila kamu segan untuk menyebutkan kesesatan orang yang sesat, sebutkanlah apa yang ada padanya (kesesatannya) hingga ia dijauhi masyarakat dan diwaspadai bahayanya
<riwayat imam al-Baihaqi> ..



اللهم انصر العقيدة المسلمين والمسلمات في كل مكان و في كل زمان 

.. اللهم صل على سيدنا محمد 

Friday, January 4, 2013

belajar dan terus belajar ^^

بسم الله الرحمن الرحيم

belajar dan terus belajar . istilah belajar tak kan pernah berhenti selagi nyawa masih dikandung badan .selagi roh berada di dalam jasad ..

dunia yang semakin mencabar dengan fikrah yang berbeza . tak kurang pula kewujudan beberapa kumpulan dan pegangan ajaran akidah yang menyimpang dari landasan yang sebenar .. semoga Allah terus memelihara kita semua daripada fitnah wahhabi dan ajaran akidah lain yang menyimpang dari jalan yang benar..

pentingnya menuntut ilmu adalah supaya kita dapat mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan semoga ia terus berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara .inshaAllah :) .belajar dan terus belajar supaya kita kelak tidak mudah ditipu, keliru dan mempunyai pegangan yang kukuh tentang sesuatu perkara .



teruskan pelajari ilmu agama mengikut disiplin ilmu : akidah, fiqh dan tasauf :) .

masa muda kini bukanlah masa untuk berseronok sakan, bukan masa untuk terus menikmati dunia yang serba moden . namun, masa muda inilah masa untuk kita belajar dan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu sebagai bekalan hidup di masa hadapan ..jadikan masa lapang yang ada adalah masa untuk menuntut ilmu, menelaah kitab-kitab dan merujuk ulama' atau orang yang 'arif  dan syara' dalam sesuatu bidang .. selamat bermujahadah ^^

"menuntut ilmu itu adalah fardu (fardu ain) atas tiap-tiap muslim dan muslimat " <maksud hadith>



اللهم صل على سيدنا محمد